Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program BIC perkukuh kepimpinan akar umbi dan belia luar bandar
  • Utara
  • WILAYAH

Program BIC perkukuh kepimpinan akar umbi dan belia luar bandar

Utusan Sarawak 2 hours ago
 RAKAMAN gambar kenangan BIC Kapit.

KAPIT: Lebih 150 peserta berhimpun di Dewan Kampung Muhibbah di sini sempena Program Membina Komuniti Inklusif (BIC) yang berlangsung selama dua hari pada 29 dan 30 September lalu.

Program anjuran Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak bersama sayap belianya, AZAM Young Souls (AYS) dan Youth Empowerment Stapok Sarawak (YESSarawak), dengan sokongan Pejabat Daerah Kapit itu bertujuan memperkukuh kepimpinan inklusif serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Pelbagai pihak berkepentingan termasuk pemimpin akar umbi, belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta agensi pembangunan telah terlibat dalam program tersebut.

Antara pengisian utama ialah sesi dialog komuniti bertajuk ‘Kepimpinan Inklusif Dalam Kalangan Pemimpin Tempatan’ yang menekankan peranan pemimpin akar umbi dalam pembangunan setempat, sejajar dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 Sarawak (PCDS) 2030.

Peserta turut menyertai sesi interaktif mengenai kepimpinan belia, pengurusan konflik komuniti, serta kerjasama rentas sektor yang menghubungkan komuniti dengan agensi kerajaan, NGO dan rakan pembangunan.

Mewakili Ahli Parlimen Kapit, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Setiausaha Politik beliau, Ambrose Abong berkata pembangunan komuniti tidak wajar bersifat satu hala atau hanya berpaksikan pendekatan atas ke bawah.

“Sebaliknya, ia mesti dibentuk bersama masyarakat. Apabila mereka merasakan memiliki pembangunan itu, mereka akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab memastikan kejayaannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Sarawak, Ali Suhaili menegaskan bahawa keterangkuman merupakan asas penting dalam pembangunan masa depan negeri ini.

“Melalui program seperti BIC, kami berhasrat memperkukuh daya tahan komuniti dan memastikan tiada pihak tercicir dalam pembangunan Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut memuji penglibatan aktif golongan muda melalui AYS yang menunjukkan kemampuan generasi baharu Sarawak sebagai ejen perubahan di peringkat komuniti.

Penganjuran program BIC di Kapit turut mencerminkan komitmen berterusan AZAM Sarawak dalam memupuk perpaduan, keterangkuman dan pembangunan mampan berasaskan falsafah ‘Gerakan untuk Kemajuan’.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: PDRM Limbang perluas Polis komuniti ke pedalaman dan luar bandar
Next: Operasi SAR warga emas hilang di Nanga Buai, Ulu Padeh ditangguh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.