Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program bantuan lesen ringankan beban belia Tanjong Batu
  • Utara
  • WILAYAH

Program bantuan lesen ringankan beban belia Tanjong Batu

Utusan Sarawak 5 hours ago
JOHNNY Pang menyerahkan replika lesen kepada peserta yang berjaya mendapatkan lesen menerusi Program Lesen Memandu (B2) di Bintulu.

BINTULU: Program Bantuan Lesen Memandu (B2) yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak terus memberi manfaat besar kepada golongan belia di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N68 Tanjong Batu, khususnya dalam membantu mereka mendapatkan lesen memandu motosikal pada kos yang lebih rendah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berkata, pelaksanaan program berkenaan membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan dalam menjaga kebajikan dan keperluan belia, terutamanya mereka yang masih bersekolah atau baharu menamatkan persekolahan.

UCAPAN… Johnny Pang berucap pada sidang media sempena majlis penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (B2) Kawasan DUN N68 Tanjong Batu 2026 di sebuah hotel di Bintulu.

Menurut beliau, kos biasa untuk mendapatkan lesen memandu dianggarkan sekitar RM700 seorang, namun melalui Program Bantuan Lesen, peserta hanya perlu membayar RM250 sahaja, sekali gus meringankan beban kewangan golongan sasar.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah JPJ Sarawak serta Kementerian Pengangkutan atas pelaksanaan program ini yang banyak membantu golongan belia mendapatkan lesen memandu, khususnya lesen motosikal,” katanya.

JOHNNY Pang menyerahkan replika lesen kepada peserta yang berjaya mendapatkan lesen menerusi Program Lesen Memandu (B2) di Bintulu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena majlis penutupan Program Bantuan Lesen Memandu (B2) Kawasan DUN N68 Tanjong Batu 2026 yang berlangsung di sebuah hotel di sini, hari ini.

Justeru, Johnny Pang berharap agar lebih banyak program seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan masih ramai belia yang memerlukan bantuan untuk memiliki lesen memandu secara sah sebagai keperluan harian dan sokongan kepada masa depan mereka.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua penerima lesen agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain.

“Lesen yang diperoleh ini hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab demi keselamatan bersama,” ujarnya.

Oleh  Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Orang ramai digalakkan sertai kempen derma darah Esok
Next: JPJ Sarawak pantau penerima lesen, tindakan diambil jika terlibat aktiviti tidak sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.