Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Ambang Tahun Baharu Saratok meriah, pacu ekonomi peniaga tempatan
  • WILAYAH

Program Ambang Tahun Baharu Saratok meriah, pacu ekonomi peniaga tempatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
ADUN Kalaka, Mohamad Duri merasmikan Program Ambang Tahun Baharu Saratok yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Program Ambang Tahun Baharu Saratok yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam disifatkan sebagai platform berkesan dalam menyemarakkan sambutan akhir tahun selain merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata beliau berbesar hati memenuhi jemputan daripada Majlis Daerah Saratok bagi merasmikan program berkenaan.

Menurutnya, penganjuran Ambang Tahun Baharu Saratok kali ini disusun rapi dengan pelbagai program dan aktiviti menarik, termasuk persembahan pentas yang menampilkan artis-artis undangan bagi menghiburkan pengunjung pelbagai peringkat usia.

Beliau berkata, kewujudan reruai jualan yang memeriahkan suasana program bukan sahaja menjadi tarikan pengunjung, malah memberi peluang kepada peniaga tempatan dan luar Daerah Saratok untuk menjana pendapatan tambahan.

ADUN Kalaka, Mohamad Duri merasmikan Program Ambang Tahun Baharu Saratok yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam. Foto ADUN Kalaka

“Program seumpama ini memberi impak positif kepada ekonomi setempat kerana ia menarik kehadiran pengunjung dari pelbagai kawasan sekali gus meningkatkan jualan peniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Duri memaklumkan bahawa Setiausaha Majlis Daerah Saratok, McCrea Joseph Pererra, turut memaklumkan pentas utama Sri Kalaka akan dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan terkenal, Projector X Band, pada malam kemuncak 31 Disember nanti.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput untuk mengunjungi tapak-tapak jualan yang sedang berlangsung kerana terdapat pelbagai pilihan juadah serta barangan yang ditawarkan sepanjang program berkenaan.

Antara pengisian menarik sepanjang Pesta Ria Ambang Tahun Baharu Saratok yang bermula dari 19 Disember hingga 4 Januari 2026 termasuk Pertandingan Lagu Asli, Pertandingan Kuntau Iban Sarawak (Individu), Malam Krismas serta pelbagai lagi aktiviti yang dirangka bagi menarik penyertaan masyarakat.

Majlis perasmian program tersebut turut dihadiri Pemanca Lim Guan Ann, ketua-ketua jabatan, ahli-ahli Majlis Daerah Saratok serta tetamu jemputan lain, sekali gus membuktikan sokongan padu pelbagai pihak terhadap penganjuran acara berimpak tinggi kepada komuniti setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lelaki dikhuatiri hilang ketika kutip durian ditemui selamat di Tubau
Next: Ngabang Krismas perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum di Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.