Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Amal BSM Miri ringankan beban penduduk Lusut Jaya
  • Utara
  • WILAYAH

Program Amal BSM Miri ringankan beban penduduk Lusut Jaya

Utusan Sarawak 2 days ago

MIRI: Keluarga berpendapatan rendah di Kampung Lusut Jaya mendapat perhatian Jawatankuasa Kecil Perlindungan dan Penjagaan Komuniti Bulan Sabit Merah Malaysia (BSM) cawangan Miri menerusi satu program bantuan komuniti baru-baru ini.

Dalam lawatan tersebut, BSM Miri telah menyumbangkan bakul makanan, pakaian, serta menjalankan aktiviti gotong-royong bagi membaiki keadaan rumah salah seorang penerima bantuan.

Program amal itu turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Miri (MBM), sukarelawan, serta masyarakat setempat.

Pengerusi Jawatankuasa, Dr Uma Devi, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan inisiatif tersebut, termasuk ketua kaum dan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK).

“Keluarga turut menerima sumbangan bekalan air minuman dalam bentuk botol mineral daripada Pusat Khidmat Sibuti, bagi memastikan mereka mempunyai akses kepada air bersih,” katanya.

Program diteruskan dengan sesi bicara pendidikan yang memberi fokus kepada aspek kesihatan dan alam sekitar, termasuk bahaya penggunaan plastik serta kepentingan kebersihan diri dan penyediaan makanan yang selamat.

“Dengan semangat kerjasama ini, kita dapat memastikan keluarga terbabit menikmati kediaman yang lebih selamat dan selesa.

“Projek ini turut mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan di kawasan mereka,” tambah Dr Uma.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Kesihatan, V.P. Govindasamy dan Penghulu Randi Elon.

Untuk maklumat lanjut mengenai program jangkauan komuniti oleh BSM Miri, orang ramai boleh menghubungi talian 085-411121 atau e-mel ke miri@redcrescent.org.my.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Premis makanan di Parkcity diarah tutup 14 hari
Next: Ketua Polis Limbang raikan Gawai dalam suasana harmoni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.