Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program al-Quran perkukuh nilai Islam – Safiee
  • Tengah
  • WILAYAH

Program al-Quran perkukuh nilai Islam – Safiee

Utusan Sarawak 3 days ago

SEKITAR berlangsungnya program Bicara Tadabbur, Semarakkan Cinta al-Quran yang dianjurkan Majlis Islam Sarawak melalui Darul Hana Quranic Center di Masjid Al-Muhsiniin, Daro di sini, baru-baru ini. Foto Pusat Khidmat DUN Daro

DARO: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas inisiatif menganjurkan program berteraskan al-Quran yang mampu memperkukuh nilai-nilai Islam dalam komuniti.

Beliau yang juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD) berkata, pengisian seperti tadabbur al-Quran bukan sahaja memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap isi kandungan al-Quran, malah dapat memastikan nilai-nilainya terus diamalkan dalam kehidupan seharian.

“Program seperti ini amat penting kerana ia membantu masyarakat mendekati al-Quran dengan lebih menyeluruh, bukan sekadar dari segi bacaan tetapi juga penghayatan,” katanya dalam ucapan perasmian pada program Bicara Tadabbur, Semarakkan Cinta al-Quran di Masjid Al-Muhsiniin, di sini, baru-baru ini.

Program yang dianjurkan oleh  Majlis Islam Sarawak melalui Darul Hana Quranic Center itu menampilkan panel jemputan berwibawa termasuk Pakar Rujuk Syariah Jabatan Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim dan Pengurus Dakwah Hikmah Sarawak, Ustaz Sarbini Dahlan dengan pengendalian oleh Ustaz Shalahudin Marzuki selaku moderator.

Sebagai pembuka tirai, para hadirin diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Dato Ismawi Duet, Qari antarabangsa yang terkenal dengan kelunakan suara dan bacaan penuh penghayatan.

Majlis yang dihadiri oleh 150 penduduk setempat itu bukan sahaja menjadi wadah penyebaran ilmu, malah turut mengukuhkan ukhuwah serta menyemai semangat kecintaan terhadap al-Quran, sejajar dengan usaha memperkasa pembangunan rohani umat Islam di kawasan Daro khususnya, dan Sarawak secara amnya.

Turut hadir Pegawai Agama Islam Bahagian Mukah, Ustaz Muhammad Adib Saini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perayaan Kuih Bulan lambang kasih sayang dan perpaduan – Huang
Next: Kursus pembuatan roti buka peluang jana pendapatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.