Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Program Akademi JCI Mandrin Sibu perkasa kepimpinan belia
  • PENDIDIKAN

Program Akademi JCI Mandrin Sibu perkasa kepimpinan belia

Utusan Sarawak 16 hours ago
BERJALAN LANCAR… Sekitar program Akademi Organisasi Tempatan JCI Mandarin Sibu yang diadakan secara dalam talian, menampilkan sesi perkongsian ilmu dan pembangunan kepimpinan.

SIBU: JCI Mandarin Sibu berjaya menganjurkan programAkademi Organisasi Tempatan secara dalam talian baru-baru ini.

Program tersebut menampilkan jurulatih kemahiran, Kenny Hii Shin Yao sebagai penceramah jemputan, serta turut disertai ahli dari JCI Youth MPI bagi menggalakkan pembelajaran bersama dan kerjasama antara organisasi belia.

Menurut kenyataan JCI Mandarin Sibu, objektif utama program ini adalah untuk memberikan pemahaman menyeluruh mengenai Junior Chamber International (JCI), termasuk struktur organisasi, misi serta pelbagai aktiviti dan program yang dilaksanakan.

BERJALAN LANCAR… Sekitar program Akademi Organisasi Tempatan JCI Mandarin Sibu yang diadakan secara dalam talian, menampilkan sesi perkongsian ilmu dan pembangunan kepimpinan.

Peserta turut didedahkan kepada asas-asas JCI bagi memahami dengan lebih jelas peranan dan fungsi organisasi berkenaan.

Sepanjang sesi, Hii menyampaikan kandungan secara informatif melalui contoh praktikal, di samping membimbing peserta tentang bagaimana mereka boleh memainkan peranan aktif dalam organisasi sambil membangunkan kemahiran kepimpinan dan perkembangan diri.

Tambah kenyataan itu, program tersebut bukan sahaja meningkatkan kesedaran dan kefahaman ahli, malah memperkukuhkan semangat kekitaan serta menyediakan asas kukuh dalam melahirkan pemimpin masa depan.

“JCI Mandarin Sibu akan terus komited menganjurkan program pembangunan berkualiti bagi memperkasa golongan belia dan memberi impak positif kepada masyarakat,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: MPI lancar Diploma Kejururawatan bantu atasi kekurangan jururawat
Next: KKM tawar pelbagai kursus di ILKKM kepada lepasan SPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.