Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program AgriCOP dipergiat untuk manfaat rakyat
  • TEMPATAN

Program AgriCOP dipergiat untuk manfaat rakyat

Utusan Sarawak 5 years ago
FOKUS… Datu Len Talif Salleh mendengar penerangan berhubung penanam fertigasi selepas perasmian Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP), pagi kelmarin.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian Sarawak telah menyediakan peruntukan yang cukup besar untuk melaksanakan program AgriCOP.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh berkata, Program Agriculture Community Outreach Programme (AgriCOP) dilaksanakan atas dasar Kerajaan Sarawak untuk merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara Jabatan Pertanian dan golongan keluarga tani.

“Kerajaan Sarawak mahu menjadikan kawasan ini sebagai salah satu pusat pertumbuhan ekonomi di wilayah tengah melalui perlaksanaan pelbagai projek pembangunan yang bermanfaat kepada rakyat.

“Usaha ini ditambah dengan langkah proaktif kerajaan mewujudkan Agensi Pembangunan Persisiran Pantai (CADA) yang bakal menjadi pelengkap pembangunan di kawasan tengah Sarawak.

“Kita tahu zon tengah mempunyai pelbagai sumber yang boleh dibangunkan antaranya pertanian, hidro, perikanan dan lain-lain lagi,” katanya.

Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian AgriCOP, bertempat di Dewan Sri Nyelong, pagi kelmarin.

Katanya, program berimpak tinggi ini pastinya akan memberi manfaat besar kepada rakyat dalam tempoh jangka panjang.

“Dalam program ini, peserta akan diberikan pendedahan secara langsung mengenai teknologi pertanian yang terkini sama ada
melalui taklimat, pameran serta demonstrasi pertanian.

“Objektif Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Pertanian menganjurkan program seumpama ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran golongan sasar dalam sektor pertanian.

“Dengan ini para petani dapat meningkatkan pengeluaran dan kualiti hasil produk pertanian. Ini juga akan membawa kepada peningkatan pendapatan dan sosio ekonomi golongan petani,” ujarnya.

Jelasnya, AgriCOP mampu memperkasakan bidang pertanian di negeri ini melalui pelbagai pendekatan kerana yakin sektor penting itu akan terus berkembang.

“Selain mengurangkan kebergantungan bekalan makanan import, langkah itu juga bertujuan melonjakkan potensi ekonomi sesebuah kawasan melalui penglibatan aktif penduduk dalam sektor pertanian moden.

“Program ini bertujuan menggalak penyertaan rakyat dalam aktiviti berasakan pertanian. Kita juga mahu mereka mempraktikkan amalan pertanian moden dan menjadikan sektor itu untuk menjana ekonomi,” katanya.

Turut hadir ialah Pegawai Pertanian Bahagian Sarikei, Rainy Yaman, Timbalan Residen Sarikei, Abang Mohd Porkan Budiman, Pegawai Daerah Sarikei, Christopher Ranggau Unting.

Continue Reading

Previous: Harden akan pertahan kerusi DUN Simanggang
Next: Penduduk Kampung Pemindahan terima fasiliti baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.