Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program agihan kalendar, limau mandarin semarakkan suasana Tahun Baharu Cina di Bintangor
  • TEMPATAN

Program agihan kalendar, limau mandarin semarakkan suasana Tahun Baharu Cina di Bintangor

Utusan Sarawak 7 hours ago
ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengedarkan limau mandarin di premis-premis sekitar bandar Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

BINTANGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing telah turun padang mengagihkan kalendar, kad Tahun Baharu Cina (TBC) dan limau mandarin kepada peniaga sekitar bandar Bintangor dalam suasana mesra dan penuh semangat perpaduan, semalam.

Program bersempena sambutan TBC itu turut disertai isterinya, Datin Kueh Nai Fun, sebagai simbol penghargaan kepada para peniaga dan masyarakat setempat yang menjadi nadi kepada pertumbuhan ekonomi bandar tersebut.

Lawatan dari kedai ke kedai bukan sahaja menghidupkan suasana perayaan, malah menjadi platform terbaik untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat secara langsung. 

Kehadiran beliau disambut dengan penuh mesra oleh para peniaga yang mengambil kesempatan bertukar ucapan perayaan serta berkongsi pandangan mengenai perkembangan semasa perniagaan.

Sepanjang program tersebut, Kuong Hiing dan isteri menyampaikan kalendar serta kad TBC sebagai tanda ingatan, di samping mengagihkan limau mandarin yang melambangkan kemakmuran, kesejahteraan dan tuah.

ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengedarkan limau mandarin di premis-premis sekitar bandar Bintangor. Foto Pusat Khidmat Meradong

Katanya, program turun padang seperti ini bukan sekadar menyampaikan sumbangan simbolik sempena perayaan, tetapi juga menjadi medium untuk mendengar sendiri pandangan dan isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat.

“Semangat perpaduan dan keharmonian adalah sangat penting dalam kalangan masyarakat berbilang kaum yang telah lama menjadi kekuatan utama di Meradong.

“Program turun padang seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan hubungan antara pemimpin dan rakyat sentiasa terjalin erat.

“Di samping itu, ia membolehkan isu-isu setempat didengar dan difahami secara langsung,” katanya ketika ditemui media.

Tambahnya, kestabilan dan kemakmuran sesebuah kawasan hanya dapat dicapai melalui kerjasama erat semua pihak tanpa mengira kaum dan latar belakang.

Turut hadir ialah Naib Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Boung Ong; Bendahari SUPP Cawangan Bintangor, Lee Ngin Soon; Ketua Pergerakan Wanita SUPP Cawangan Bintangor, Konselar Chieng Ming Kiong dan Bendahari Pergerakan Pemuda SUPP Cawangan Bintangor, Kapitan Leong King Yung.

Oleh Earl Anek

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak peruntuk bantuan bulanan RM299.79 juta kepada 57,073 penerima tahun lepas
Next: MPP perhebat usaha kebersihan, kawal pembuangan sampah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.