Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Lawas, didik pengguna patuhi undang-undang jalan raya
  • WILAYAH

Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Lawas, didik pengguna patuhi undang-undang jalan raya

Utusan Sarawak 4 hours ago
BERHATI-HATI… Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong diiring Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan menyampaikan risalah dan topi keledar kepada penunggang motosikal di Jalan Lawas-Trusan.

LAWAS: Program Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Op Selamat ke-25 sempena Tahun Baru Cina 2026 Peringkat Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lawas merupakan platform didik masyarakat mengenai undang-undang jalan raya.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata pihaknya terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap keselamatan jalan raya sentiasa dititik beratkan oleh pengguna jalan raya terutama di musim perayaan Tahun Baru Cina. 

Katanya, ia susulan peningkatan bilangan kenderaan di atas jalan raya dan pengguna diminta untuk berwaspada dan berhati-hati di jalan raya.

“Program ini adalah bertujuan memberikan pendedahan dan panduan tentang kepentingan mematuhi undang-undang kepada pengguna jalan raya khususnya dalam tempoh Op Selamat pada kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

KERJASAMA… Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong dan Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan merakam gambar kenangan bersama ketua jabatan dan agensi penguatkuasa di Lawas.

Katanya lagi, warga Lawas turut diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang dan jangan tergesa-gesa, utamakan keselamatan semasa memandu dan menunggang kenderaan.

Advokasi Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 23 sempena Tahun Baru Cina diadakan di kilometer 2 Jalan Lawas Trusan berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas.

Ops Selamat ke-25 berlangsung bermula 15 Februari lalu hingga hari ini. 

Turut hadir Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, ketua jabatan, ketua agensi penguatkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Bomba, Jabatan Sukarelawan (RELA) dan Anggota Pertahanan Awam (APM).

Turut diadakan adalah edaran topi keledar, risalah bekenaan keselamatan jalan raya, baju pantulan cahaya, segi tiga kecemasan, limau dan beg cenderahati kepada pengguna jalan raya.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Alice Lau kukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di Sibu
Next: Larian Malam Ramadan 2026 meriahkan Malam 7 Likur di Kampung Datuk Hilir Simanggang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.