Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Produk tempatan Lawas peroleh pensijilan halal bagi beras Adan dan kopi Arabica
  • TEMPATAN

Produk tempatan Lawas peroleh pensijilan halal bagi beras Adan dan kopi Arabica

Utusan Sarawak 3 hours ago
SIJIL pengesahan halal produk LINAWA.

LAWAS: LINAWA, jenama tempatan dari Tanah Tinggi Lawas, baru-baru ini memperoleh pensijilan halal bagi barisan produk beras Adan dan kopi Arabica. Pencapaian ini menandakan kejayaan penting bagi jenama tersebut serta komuniti Lun Bawang.

Melalui pensijilan ini, produk LINAWA kini bersedia untuk memasuki pasar raya di seluruh Sabah dan Sarawak, selain memperluas saluran jualan dalam talian sedia ada.

Beras Adan ditawarkan dalam tiga varian iaitu putih, merah dan hitam, yang ditanam di Lawas menggunakan air tanah tinggi yang bersih.

Persekitaran semula jadi turut menyumbang kepada tekstur dan aroma beras yang tersendiri.

Dalam rangkaian kopi pula, LINAWA menawarkan biji kopi Arabica panggang sederhana yang ditanam secara tempatan di Long Sukang, Long Luping dan kawasan perkampungan sekitarnya.

Kopi ini memenuhi kehendak pengguna yang menghargai kopi Arabica tanah tinggi dengan kualiti tulen. Produk ikonik mereka, kopi Arabica Adan, menggabungkan beras Adan dengan biji kopi Arabica.

Produk ini dihasilkan oleh petani Lun Bawang, dan gabungan unik tersebut memberikan aroma serta rasa yang tersendiri, di samping menawarkan kandungan serat dan antioksidan daripada beras Adan.

PRODUK keluaran LINAWA.

Beras Adan dan kopi Arabica LINAWA turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan dan Anugerah Perak di Pameran Teknologi Malaysia bagi Anugerah Inovasi Teknologi Hijau dan Tenaga Lestari.

“Produk-produk ini mewakili lebih daripada sekadar inovasi tempatan. Ia mencerminkan ketahanan dan potensi komuniti tanah tinggi kami. Pensijilan halal membolehkan kami mencapai pasaran yang lebih luas dan berkembang secara lestari,” kata Presiden Koperasi Usahasama Long Sukang Lawas Berhad, Sulaiman Palong.

Beliau yang juga Ketua Kampung Kampung Berayong Tengah turut berkata bahawa p[roduk-produk ini dibangunkan di bawah Program Memartabatkan Kehidupan (TULiP), iaitu sebuah inisiatif impak sosial oleh Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang bertujuan memperkukuh keupayaan keusahawanan komuniti serta meningkatkan taraf hidup di Lawas.

Sejak tahun 2021, dengan sokongan Petronas dan Yayasan Hasanah, Institut Hidup Pintar dan Lestari Universiti Teknologi Petronas telah bekerjasama rapat dengan komuniti dalam latihan keusahawanan, bimbingan, pembangunan kapasiti, inovasi produk serta akses pasaran.

Hari ini, Koperasi Usahasama Long Sukang Lawas Berhad beroperasi sebagai organisasi yang terstruktur dengan 30 ahli, menyokong petani tempatan dan memajukan pengkomersialan produk pertanian tanah tinggi.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sarawak melangkah gagah,sirung jadi pemangkin baharu industri tenaga
Next: Warisan Teochew terus mekar, janji tunjang keharmonian Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.