Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Produk baharu Sarawak • Isi biji dabai sehebat Pistasio
  • BISNES

Produk baharu Sarawak • Isi biji dabai sehebat Pistasio

Utusan Sarawak 3 years ago

TERTARIK… Datuk Amar Douglas Uggah Embas melawat tapak gerai Bazar Gawai semasa menghadiri Majlis Perasmian Bazar Gawai peringkat Negeri Sarawak bertempat di Dewan Masyarakat MBKS. •Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Isi dari dalam biji buah Dabai, sejenis buah bermusim di Sarawak, yang rasanya seakan-akan kacang Pistasio, boleh diangkat sebagai satu lagi produk asli dari negeri ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Katanya sebelum ini dabai hanya dikenali kerana keenakan isinya yang menjadi satu produk unik dari Sarawak, namun bijinya yang mengandungi isi yang boleh dimakan itu biasanya dibuang begitu sahaja.

“Isinya (dari dalam biji buah dabai) sebenarnya boleh dimakan, rasanya enak seperti kacang Pistasio, dan jika dimanfaatkan boleh menjadi inovasi yang dapat ditingkatkan lagi untuk menjadi satu lagi produk,” katanya kepada pemberita sewaktu meninjau Bazar Festival Gawai di sini malam ini.

Menurutnya bazar anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) di perkarangan Dewan MBKS itu merupakan salah satu wadah untuk mempromosikan makanan asli orang Sarawak, selain memberi peluang kepada usahawan Dayak untuk menjana pendapatan dengan memperkenalkan produk keluaran mereka.

“Dengan mempersembahkan pelbagai kelainan dan keunikan, bazar ini juga boleh menarik minat ramai orang untuk datang, bukan sahaja orang tempatan malah orang luar dari Semenanjung dan pelancong luar negeri,” tambahnya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Eksport produk koko, coklat meningkat RM6.9 bilion
Next: Usahawan industri koko digesa promosi produk coklat tempatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.