Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • PRO-DR kembali ke Siburan 20 Ogos ini
  • PENDIDIKAN

PRO-DR kembali ke Siburan 20 Ogos ini

Utusan Sarawak 21 hours ago
SIDANG MEDIA… Datuk Dr. Jerip Susil bercakap pada sidang media PRO-DR hari ini.

SIBURAN: Program Projek Merealisasikan Impian (PRO-DR) bakal kembali ke Siburan pada 20 Ogos ini, bertempat di Dewan Masyarakat Siburan. 

Program anjuran kerajaan Sarawak melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) ini memasuki edisi ke-10 sejak diperkenalkan pada 2015.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Dr. Jerip Susil menerangkan bahawa PRO-DR Roadshow 2025 merupakan platform penting untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar pinggir bandar dan luar bandar mengenai peluang pendidikan tinggi, latihan teknikal dan kerjaya masa depan.

“Sebanyak 33 institusi dan agensi akan menyertai program di Siburan nanti bagi menawarkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan pendidikan tinggi dan latihan kemahiran. 

“Beberapa syarikat juga akan hadir bagi menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung,” katanya pada satu sidang media hari ini.

RAKAM KENANGAN… Datuk Dr. Jerip Susil bersama yang lain bergambar kenangan selepas sidang media.

Jelas beliau, objektif utama program ini adalah untuk membantu lepasan sekolah luar bandar mencapai impian mereka melalui pendidikan. 

Selain itu, PRO-DR juga bertujuan memberi maklumat mengenai bantuan kewangan serta laluan kerjaya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), serta Inovasi Digital.

Enam sekolah telah dijemput untuk menyertai program PRO-DR Siburan 2025, iaitu SMK Siburan, SMK Padawan, SMK Tun Abdul Razak, SMK Sg Tapang, SMK Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan. 

Kesemua sekolah ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat ialah seramai 320 orang. 

Antara aktiviti menarik yang bakal berlangsung termasuk pameran pendidikan dan kerjaya, sesi ceramah motivasi, perkongsian kerjaya oleh alumni, pertandingan ukiran buah, eksperimen sains, pameran teknologi, mini STEM playground, kuiz interaktif, serta cabaran Minecraft.

“Dalam dunia yang berubah dengan pantas, pelajar perlu dipersiapkan dengan kemahiran kritikal dan teknikal. 

“TVET dan STEM adalah kunci dalam membentuk modal insan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi digital,” tambahnya.

Dr. Jerip turut menggesa penduduk Serian dan Padawan agar tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka ke program tersebut untuk mendapatkan maklumat terus daripada institusi yang terlibat.

“Saya berharap lebih ramai anak muda luar bandar akan tampil sebagai pemimpin dalam bidang teknologi, inovasi dan keusahawanan suatu hari nanti. Ini adalah pelaburan terbaik kita demi masa depan Sarawak,” ujarnya lagi.

Bagi pencari kerja, temuduga terbuka turut disediakan sepanjang program berlangsung. Dr. Jerip mengingatkan agar mereka hadir dengan berpakaian kemas serta membawa resume dan sijil-sijil berkaitan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak penganjur, agensi dan institusi yang terlibat dalam menjayakan PRO-DR, sambil menyifatkannya sebagai bukti komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memperkasa belia luar bandar melalui pendidikan dan pembangunan modal insan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: Francis Harden puji murid luar bandar kuasai Bahasa Inggeris dalam projek STEM
Next: Lebih 4,000 murid cicir kembali ke sekolah, hasil keberkesanan SiPKPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.