Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRN Sabah: Polis kenal pasti 15 lokasi panas
  • SEMASA

PRN Sabah: Polis kenal pasti 15 lokasi panas

Utusan Sarawak 16 hours ago
KETUA Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail ketika sidang media pada majlis perjumpaan khas bersama petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini. -Foto Bernama

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti kira-kira 15 lokasi panas yang memerlukan kawalan keselamatan rapi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, dengan tumpuan khusus di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan pantai timur.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata kawasan itu dikenal pasti berdasarkan beberapa faktor termasuk isu politik dan juga jangkaan penglibatan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Keadaan ini bukan sahaja berlaku di Sabah, semua negeri di Semenanjung juga menghadapi perkara yang sama apabila menjelangnya pilihan raya.

“Kita akan tempatkan anggota termasuk daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) selain menugaskan Pasukan Penggempur Ringan (LSF) atau Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di kawasan yang perlu bagi memastikan ketenteraman dapat dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama petugas PDRM sempena PRN Sabah ke-17 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Mohd Khalid berkata untuk menjaga keselamatan di 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN kali ini, PDRM akan menempatkan 9,300 pegawai dan anggota di seluruh negeri.

Penempatan itu termasuk penugasan 4,300 pegawai dan anggota di 25 pusat penamaan calon di seluruh negeri pada esok bagi mengawal trafik selain pemantauan terhadap bangunan pentadbiran dan Istana Seri Kinabalu.

“Kita juga ada bantuan tambahan anggota kira-kira 1,200 orang tetapi keperluan untuk deploy bergantung kepada Ketua Polis Negeri, mengambil kira keadaan seperti perubahan cuaca sempena Monsun Timur Laut,” katanya.

Mohd Khalid juga menasihatkan semua parti politik, NGO dan pertubuhan supaya mengelakkan sebarang provokasi sepanjang tempoh PRN bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negeri dapat dikekalkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November.

Mengikut statistik SPR, sebanyak 1,784,843 pengundi layak menjalankan tanggungjawab mereka pada PRN kali ini terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera berserta pasangan dan 12,729 anggota polis berserta pasangan.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php -Bernama

Continue Reading

Previous: Sektor swasta jadi tunjang transformasi ekonomi BIMP-EAGA
Next: MAHB giat tangani kebocoran di Terminal 1 KLIA

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.