Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRN Sabah: Peratusan keluar mengundi awal 92.5 peratus
  • SEMASA

PRN Sabah: Peratusan keluar mengundi awal 92.5 peratus

Utusan Sarawak 4 hours ago
Anggota Pasukan Gerakan Am (dari, kiri) Aiwandy Abdillah, Jumrin Kambrin, Muhamad rasydan kamaruzaman dan Mohd Ezal Salleh menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi pada proses mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 di Blok Serbaguna 15 Batalion 15 Pasukan Gerakan Am Sandakan hari ini. Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Proses mengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang berlangsung hari ini mencatat peratusan keluar mengundi sebanyak 92.5 peratus atau 17,615 pengundi.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus berkata pengundi berkenaan terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis termasuk Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasangan yang layak mengundi awal dalam PRN kali ini.

Beliau berkata proses mengundi awal bermula pada 8 pagi melibatkan 58 Pusat Mengundi Awal di seluruh Sabah dan ditutup pada 5 petang, dengan 8,347 anggota tentera serta pasangan dan 10,696 anggota polis serta pasangan layak mengundi.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, petugas media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR.

Pengundian PRN Sabah ditetapkan pada Sabtu ini.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php. 

-BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MBKS perkukuh sokongan warga emas, Dato Wee kongsi pengalaman di sesi WHO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.