Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRN Sabah: Perang bendera mula rancak
  • SEMASA

PRN Sabah: Perang bendera mula rancak

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERANG BENDERA Bendera parti-parti politik sudah menghiasi jalan raya bagi memeriahkan tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Baru memasuki hari kedua kempen, namun bahang dan kemeriahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 sudah dapat dirasai di bandar raya ini menerusi perang bendera antara parti politik bertanding.

Tinjauan Bernama di sekitar Parlimen Kota Kinabalu yang mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Luyang, Likas dan Api-Api mendapati bendera-bendera parti sudah banyak dipasang di lokasi strategik termasuk di bulatan dan jejantas, selain di sepanjang jalan utama.

Bendera parti terutama Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) kini menghiasi pemandangan antaranya di sepanjang Jalan KK Bypass, Jalan Kemajuan dan Jalan Tun Fuad Stephens, menandakan persaingan bagi menawan hati pengundi.

PERANG BENDERA Bendera parti-parti politik sudah menghiasi jalan raya bagi memeriahkan tempoh berkempen sempena Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN) ke-17 hari ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian awal bagi PRN Sabah pada 25 November dan hari pengundian pada 29 November. Foto Bernama

Tidak ketinggalan, di Jalan Lintas menuju ke Inanam, bendera PH dan GRS turut berkibar megah manakala bendera Barisan Nasional (BN) pula memenuhi sepanjang jalan dari Lok Kawi, Putatan hingga ke Kota Kinabalu.

Pada PRN kali ini, calon-calon PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) menggunakan logo PH. 

Selain itu, poster dan sepanduk calon turut memenuhi persimpangan jalan serta premis-premis persendirian, ibarat menghulurkan ‘senyuman’ kepada pengundi dalam usaha mendekati dan memperkenalkan diri.

Petugas logistik PH bagi DUN Api-Api Hassim Sulaiman berkata pihaknya akan memasang 6,000 bendera dalam tempoh beberapa hari ini, sebelum terlibat dengan program pengedaran risalah di pasar-pasar tamu minggu depan.

“Pasukan kami yang terdiri daripada lima petugas mula melakukan pemasangan sejak 7.00 pagi tadi dan akan berlarutan hingga lewat malam ini.

“Tugas ini perlu diselesaikan secepat mungkin kerana minggu depan, kami mula bantu parti edar risalah kempen di pasar-pasar tamu,” katanya ketika ditemui di depan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di sini. 

SPR menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 manakala 25 November bagi pengundian awal. 

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang dikemas kini hingga 5 Okt lepas menyaksikan terdapat 1,784,843 pemilih terdiri daripada 1,760,417 pengundi biasa, 11,697 anggota tentera serta pasangan dan 12,729 anggota polis serta pasangan.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kerajaan setuju secara dasar tambah kerusi Parlimen di Sarawak, Sabah – PM Anwar  
Next: Premier Sarawak gesa rakyat perkukuh tanggungjawab jaga sungai demi generasi akan datang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.