Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRN Sabah: Kehadiran Tiong bukan mewakili GPS
  • TEMPATAN

PRN Sabah: Kehadiran Tiong bukan mewakili GPS

Utusan Sarawak 6 hours ago
PRESIDEN PDP, Dato Sri Tiong King Sing ketika berucap membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merotai Datuk Ruji Ubi. Gambar facebook

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk menghantar wakil bagi menyertai atau terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sedang berlangsung.

Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kehadiran Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Dato Sri Tiong King Sing, adalah atas kapasiti peribadi.

Penjelasan itu dibuat susulan penularan gambar dan kenyataan melibatkan kehadiran Tiong menunjukkan sokongan terhadap calon Pakatan Harapan di kawasan Sri Tanjong, Sabah.

“Kehadiran beliau adalah atas kapasiti peribadi sebagai Menteri Persekutuan, dan bukan mewakili atau membawa mandat GPS.

“Pengerusi GPS tidak mengeluarkan apa-apa arahan dan tiada delegasi atau wakil GPS dihantar untuk menyertai PRN Sabah. 

“Kehadiran Dato Sri Tiong adalah atas kapasiti peribadi sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, bukan di bawah arahan, kuasa atau wakil GPS,” jelas kenyataan itu.

Pemuda PBB turut menegaskan bahawa sebarang tindakan atau kenyataan dibuat oleh Tiong sepanjang PRN Sabah tidak mencerminkan pendirian rasmi GPS.

“GPS kekal menghormati hubungan baik dengan negeri Sabah dan tidak akan campur tangan dalam urusan politik tempatan sepanjang tempoh pilihan raya ini,” tambah kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa penegasan tersebut dibuat bagi mengelakkan salah faham serta memastikan hubungan antara Sarawak dan Sabah kekal harmoni.

“Pendirian ini dikeluarkan bagi mengelakkan kekeliruan dan mengesahkan kedudukan berkecuali GPS dalam PRN Sabah 2025,” menurut kenyataan itu lagi.

PDP adalah parti komponen GPS.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Isu MA63: Pemuda PBB tuntut Zaid Ibrahim minta maaf
Next: Malaysia perkukuh kesiapsiagaan digital, fokus pengupayaan bakat tempatan menuju AI 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.