Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRN Sabah: Calon PH dari PKR untuk DUN Silam tarik diri
  • SEMASA

PRN Sabah: Calon PH dari PKR untuk DUN Silam tarik diri

Utusan Sarawak 12 hours ago
PRN SABAH… Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam Abdul Halim Sidek Gulam Hassan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

KOTA KINABALU: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Silam Abdul Halim Sidek Gulam Hassan menarik diri daripada bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud berkata pihaknya mengambil maklum keputusan Abdul Halim untuk menarik diri dan menghormati keputusan itu.

“Saya ingin menegaskan bahawa keputusan ini adalah keputusan peribadi beliau tanpa sebarang tekanan daripada mana-mana pihak luar.

“Kami menghormati keputusan tersebut yang dibuat secara bertanggungjawab selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan, termasuk menjaga hubungan baik dan keharmonian antara parti-parti komponen dalam PH serta rakan kerjasama politik di Sabah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semangat setiakawan dan keutuhan kerjasama politik sentiasa menjadi keutamaan PKR Sabah dalam memastikan kestabilan politik negeri terus terpelihara.

“Walaupun tidak bertanding, Abdul Halim telah menyatakan komitmen untuk terus berkhidmat kepada rakyat Silam dan Lahad Datu dalam apa jua kapasiti yang mampu beliau sumbangkan,” katanya.

Mustapha juga berkata seluruh jentera serta penyokong PH di Silam khususnya dan Lahad Datu amnya diseru agar kekal tenang, fokus selain terus memperkukuh perpaduan demi memastikan kemenangan gabungan dan masa depan rakyat Sabah.

Susulan penarikan diri Abdul Halim, PH kini bertanding di 21 kerusi DUN.

Untuk berita-berita terkini tentang PRN Sabah ke-17, sila layari https://prn.bernama.com/sabah/index.php

— BERNAMA

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jawatankuasa khas Persekutuan-Sabah ditubuhkan laskanakan tuntutan 40 peratus hasil negeri
Next: ‘PM sekarang tak macam dulu’ – Abdul Karim sifatkan sokongan Anwar isyarat positif untuk Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.