PRN NS: Anthony Loke Tewas di DUN Chennah

Facebook
WhatsApp
SETIAUSAHA Agung DAP yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah Anthony Loke. Foto Bernama

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Siow Kong Choon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi yang diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri Pengangkutan itu yang mewakili Pakatan Harapan (PH) meraih 4,413 undi manakala Siow daripada MCA berjaya memperolehi 5,522 undi setakat 8.51 malam ini.

Loke menyandang DUN Chennah sejak 2013.

Dalam pada itu, Loke malam ini mengumumkan beliau gagal mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2013.

Beliau berkata bagaimanapun, kekalahan itu diterima dengan hati terbuka dan meminta penyokong tidak berputus asa dengan keputusan tersebut.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari https://prn.bernama.com/n9. – Bernama

Aminuddin tewas di DUN Linggi

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri

PRN NS: Anthony Loke Tewas di DUN Chennah

SEREMBAN: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah selepas tewas kepada calon Barisan Nasional