Aminuddin tewas di DUN Linggi

Facebook
WhatsApp

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16 dalam saingan tiga penjuru.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan itu tewas kepada calon Barisan Nasional Datuk Mohd Faizal Ramli yang mempertahankan kerusi berkenaan.

Turut mengalami kekalahan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Zamri Md Said yang bertanding buat kali ketiga di DUN itu. – Bernama