Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRN Johor: Pemimpin BN berkumpul di bilik gerakan utama
  • NASIONAL

PRN Johor: Pemimpin BN berkumpul di bilik gerakan utama

Utusan Sarawak 14 hours ago
Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah), beramah mesra dengan ahli parti yang mengikuti perkembangan dan keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Ibu Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, Johor Bahru, hari ini. Foto hiasan. Foto Bernama.

JOHOR BAHRU: Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) mula berkumpul di bilik gerakan utama di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor malam ini bagi mengikuti perkembangan dan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Antara pemimpin utama yang kelihatan ialah Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir. 

Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilihat berada di bilik gerakan utama Pakatan Harapan (PH) di Pulai Springs Resort. 

Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan bersama-sama jentera dan petugas parti dilihat tenang memantau pergerakan keputusan yang mula masuk secara berperingkat dari seluruh pusat penjumlahan undi.

Bagi mendapatkan berita terkini PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor. – Bernama

Continue Reading

Previous: PRN Johor: Lelaki 57 tahun kempunan mengundi, lewat seminit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.