PRN Johor: Lebih 50 peratus keluar undi setakat 3.00 petang

Facebook
WhatsApp
WARGA emas Zainudin Ab Jabar, 70, yang menaiki skuter elektrik selesai mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Molek sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 hari ini. Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Sebanyak 56.77 peratus atau 1,522,961 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing bersempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 3.00 petang ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang, mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi sebanyak 66.1 peratus, diikuti DUN Sri Medan (64.4 peratus) dan DUN Penawar (64.2 peratus).

Bagaimanapun, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 48.8 peratus, DUN Bentayan (49 peratus) dan DUN Perling pada kadar 50.3 peratus.

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN Johor ke-15 ialah 45.39 peratus atau 1,168,809 daripada lebih 2.57 pengundi.

Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Johor ke-16, layari https://prn.bernama.com/johor. – Bernama

PRN NS: 401 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

SEREMBAN: Sebanyak 401 pusat mengundi membabitkan 1,668 saluran bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka serentak bermula 8.00 pagi ini, membolehkan