Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PRN-12: Kempen guna media sosial
  • TEMPATAN

PRN-12: Kempen guna media sosial

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK ABDUL GHANI SALLEH

KUCHING: Calon atau parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN-12) digalak menggunakan media sosial untuk berkempen.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia bagi mengekang penularan pandemik Covid-19 yang masih melanda negara ketika ini.

“Mereka juga digalakkan menggunakan media massa untuk berkempen seperti melalui iklan surat khabar ataupun temuramah,”katanya.

Tambahnya, pengedaran risalah melalui pos juga boleh dilaksanakan dan ia terpulang kepada kreativiti calon atau parti yang bertanding untuk meraih sokongan.

Abdul Ghani berkata, SPR sebelum ini telah memaklumkan melalui kenyataan media berkenaan dengan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 selaras dengan apa-apa arahan terkini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Garis panduan ini dilaksanakan dengan ketat di semua proses pilihan raya iaitu taklimat petugas, penamaan calon, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan undi pos, semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: PM prihatin kebajikan, masalah rakyat – Hanifah
Next: 122 penduduk miliki rumah idaman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.