Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman  
  • SEMASA

PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman  

Utusan Sarawak 5 hours ago
KETUA Tempat Mengundi Feistin Intim (kanan) memasukkan peti undi ke dalam ruang simpanan helikopter untuk dihantar ke Pusat Mengundi di Kuamut di padang Majlis Daerah Kinabatangan hari ini. Sebanyak enam peti undi bagi Pusat Daerah Mengundi Pulau Abai, Kuamut dan Inarad dihantar menggunakan perkhidmatan udara berikutan jarak yang jauh dan ketiadaan akses jalan darat. Foto Bernama

KINABATANGAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menggunakan helikopter untuk menghantar peti undi ke tiga pusat pengundian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuamut, SK Inarad dan SK Abai, sebagai persiapan akhir menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan serta Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag, esok.

​Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dr Eddy Syaizul Rizam Abdullah berkata penggunaan helikopter itu     dibuat mengambil kira faktor geografi Parlimen Kinabatangan yang luas selain lokasi pusat pengundian terletak jauh di pedalaman.

“Hari ini, pergerakan awal menggunakan helikopter telah dilaksanakan ke tiga pusat mengundi bermula seawal 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari tadi. Logistik penghantaran peti undi dibahagikan kepada dua fasa iaitu pergerakan awal hari ini dan baki penghantaran pada hari mengundi esok.

“Bagi pusat mengundi di kawasan pesisiran pantai di DUN Sukau, penghantaran peti undi dilakukan menggunakan perkhidmatan bot hari ini,” katanya ketika meninjau persiapan akhir di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag di sini hari ini.

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya membawa peti undi untuk dihantar ke Pusat Mengundi di Kuamut menggunakan helikopter di padang Majlis Daerah Kinabatangan hari ini. Sebanyak enam peti undi bagi Pusat Daerah Mengundi Pulau Abai, Kuamut dan Inarad dihantar menggunakan perkhidmatan udara berikutan jarak yang jauh dan ketiadaan akses jalan darat. Foto Bernama

Beliau berkata proses penghantaran peti undi bagi fasa kedua esok dijadual bermula seawal 3 pagi bagi memastikan kesemua 36 pusat mengundi biasa yang melibatkan 117 tempat mengundi atau saluran dapat beroperasi tepat pada 7.30 pagi. 

Katanya persiapan untuk hari pengundian setakat ini berjalan lancar dan pusat penjumlahan rasmi undi akan beroperasi pada 5.00 petang esok hingga selesai, dengan keputusan penuh dijangka dapat diumumkan seawal 10.00 malam.

PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Kurniawan Naim Moktar mewakili Barisan Nasional (BN), Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) dan Goldam Hamid (Bebas), manakala di DUN Lamag, pertandingan satu lawan satu antara Mohd Ismail Ayob (BN) dan Mazliwati Abdul Malek (Warisan).

PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Bung Moktar Radin, 66, pada 5 Disember tahun lepas.

Sebanyak 48,526 pengundi berdaftar layak mengundi pada PRK Parlimen Kinabatangan dan daripada jumlah itu, 13,703  pengundi akan mengundi bagi DUN Lamag.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Nahas bas UPSI: Pengendali tidak berlesen, permit dipajak
Next: Premier Sarawak tiba di Kota Kinabalu, lawatan kerja dua hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.