Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • PRK: 205,810 pengundi pilih wakil rakyat di Parlimen Pulai, Simpang Jeram hari ini
  • NASIONAL

PRK: 205,810 pengundi pilih wakil rakyat di Parlimen Pulai, Simpang Jeram hari ini

Utusan Sarawak 2 years ago
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay (dua, kanan) meninjau proses mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, hari ini. Sebanyak 205,810 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka pada PRK Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, hari ini. FotoBERNAMA

JOHOR BAHRU: Sebanyak 205,810 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), data itu merupakan angka yang diambil kira selepas proses pengundian awal selesai, Selasa lepas melibatkan 831 pemilih polis dan penghantaran 304 undi pos, sebelum itu.

Tempoh 14 hari berkempen bagi kedua-dua PRK itu berakhir pada pukul 11.59 malam tadi.

Tepat 8.00 pagi hari ini, 61 pusat mengundi akan dibuka, melibatkan 47 pusat mengundi dengan 294 saluran di Parlimen Pulai, manakala terdapat 14 pusat mengundi membabitkan  68 saluran di DUN Simpang Jeram, akan dibuka sehingga 6.00 petang.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan keadaan cuaca hujan di sebelah pagi di kedua-dua kawasan, manakala ribut petir pada waktu petang.

Kedua-dua PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram akan menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

Bagi Pulai, calon PH Suhaizan Kaiat akan bertemu Zulkifli Jaafar (PN) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi, manakala di Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman (PH) akan bertemu pakar bedah Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas S. Jeganathan.

PRK kedua-dua kerusi tersebut diadakan susulan kekosongan luar jangka akibat pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas. – Bernama

Continue Reading

Previous: 2,940 kuaters Jabatan Penjara seluruh negara dibaik pulih libatkan peruntukan RM41 juta
Next: Wujudkan paparan papan pemuka projek

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.