Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prihatin kesihatan rakyat, bantuan katil pesakit diserahkan segera
  • Tengah
  • WILAYAH

Prihatin kesihatan rakyat, bantuan katil pesakit diserahkan segera

Utusan Sarawak 2 hours ago
TERIMA KASIH…..Lansiah Yusop (baring) bergambar bersama ahli keluarganya dan Kapitan Ling Dien Yong (tiga kiri). Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Inisiatif kebajikan diteruskan dengan penghantaran sebuah katil pesakit boleh laras kepada seorang wanita warga emas di Jalan Kwong Ming.

Bantuan tersebut merupakan sumbangan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Hadir bagi mewakili beliau menyerahkan bantuan tersebut adalah pasukan Pusat Khidmat Repok yang diketuai oleh Kapitan Ling Dien Yong.

Penerima bantuan ialah Lansiah Yusop Abdullah, 67 tahun, yang dilaporkan terlantar sakit di rumah akibat masalah kesihatan dan memerlukan kemudahan tambahan untuk urusan penjagaan di rumah.

“Bantuan ini bertujuan meringankan beban keluarga serta memastikan pesakit mendapat kemudahan penjagaan yang lebih teratur dan selesa.

“Saya sentiasa komited untuk membantu mereka yang memerlukan, khususnya warga emas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, serahan bantuan turut disertai penerangan berkenaan kaedah penggunaan katil pesakit bagi memudahkan penjaga menguruskan pesakit dalam keadaan lebih selamat dan sistematik.

“Saya mengambil tindakan segera sebaik menerima permohonan keluarga pesakit bagi memastikan bantuan dapat disampaikan tanpa kelewatan.

“Pusat Khidmat Repok juga akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti keluarga atau individu yang mungkin memerlukan bantuan seumpama ini,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program gotong-royong ‘Love in Action’ santuni rumah kebajikan di Miri
Next: BBP Bintangor kekal siap siaga sepanjang MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.