Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prihatin kebajikan golongan memerlukan
  • Selatan
  • WILAYAH

Prihatin kebajikan golongan memerlukan

Utusan Sarawak 2 months ago
PENYERAHAN… Datuk Francis Harden Hollis pada majlis penyerahan bantuan makanan kepada enam sekolah di Bahagian Sri Aman. Foto ADUN Simanggang

SIMANGGANG: Sifat penyayang dalam masyarakat adalah kunci kepada keharmonian dan kemajuan, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau berkata segala bantuan dan sumbangan yang diberikan itu bukan sekadar sumbangan benda, tetapi juga satu tanda keprihatinan yang mendalam terhadap kebajikan golongan yang memerlukan.

“Saya ingin menyeru sektor korporat dan masyarakat umum agar terus menunaikan tanggung jawab sosial mereka dengan menyokong inisiatif seperti ini.

“Apabila kita saling membantu, kita membina masyarakat yang lebih penyayang, harmoni dan progresif.

“Bagi pihak kerajaan Sarawak khususnya kementerian saya, Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangnan Bakat (MEITD) amat mengalu-alukan penyertaan sektor korporat untuk turut serta memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk terutama bantuan kepada murid sekolah.

“Ini kerana kita mengambil berat akan kepentingan pendidikan dan kita mengetahui kemenjadian murid berasaskan nutrien yang mencukupi sebagai asas kepada mereka menimba ilmu dengan sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis penyerahan bantuan makanan kepada enam sekolah di Bahagian Sri Aman di sini, hari ini.

Harden berkata dalam kita ingin mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030, melalui kerangka Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), kekuatan dan kualiti modal insan merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian agar apa yang dilahirkan melalui pendidikan.

“Ia selari dengan aspirasi kerajaan dalam pembangunan moden berdasarkan teknologi digital seperti teknologi kecerdasan buatan (AI) yang selalu digembar-gemburkan pada masa kini.

“Kepada murid-murid yang menerima sumbangan hari ini, anggaplah ini sebagai satu motivasi untuk terus berusaha dalam pelajaran. Pembelajaran yang tekun adalah cara terbaik untuk membalas jasa baik mereka yang membantu.

“Manfaatkan peluang yang ada, tingkatkan ilmu pengetahuan dan jadilah insan yang berjaya supaya suatu hari nanti anda pula dapat memberi kembali kepada masyarakat,” katanya.

Dalam majlis tersebut, sebanyak enam sekolah yang menerima sumbangan makanan iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Simanggang; SJK Chung Hua Undop; SJK Chung Hua Pantu; SJK Chung Hua Bangkong; SJK Chung Hua Engkilili dan SJK Chung Hua Lingga.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM5,000 untuk Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang
Next: Pastikan agenda pembangunan diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.