Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Lonjakan keputusan SPM bukti kemajuan pendidikan Sabah, Sarawak
  • PENDIDIKAN

Lonjakan keputusan SPM bukti kemajuan pendidikan Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 6 hours ago
Datuk Mustapha Sakmud

KOTA KINABALU: Prestasi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Sabah dan Sarawak mencatat peningkatan memberangsangkan, sekali gus menjadi aset bernilai kepada pembangunan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud.

Beliau berkata di Sabah, pencapaian tahun ini menunjukkan lonjakan ketara dalam hampir semua indikator utama, khususnya apabila Gred Purata Negeri (GPN) meningkat daripada 5.00 kepada 4.85.

“Pencapaian ini menandakan Sabah buat pertama kali berjaya keluar daripada julat GPN 5, sekali gus menjadi pencapaian penting dalam sejarah prestasi pendidikan negeri.

“Ia bukan sahaja mencerminkan peningkatan dari segi kuantiti, malah kualiti, dengan jurang pencapaian antara bandar dan luar bandar turut berjaya dirapatkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, peratus calon layak mendapat sijil di Sabah turut meningkat kepada 95.60 peratus, dengan 605 pelajar memperoleh keputusan cemerlang semua A, manakala bilangan calon yang mencapai sekurang-kurangnya kepujian juga meningkat dengan ketara.

Mengulas prestasi di Sarawak, Mustapha berkata negeri itu turut mencatat perkembangan positif apabila GPN mencatatkan 4.79, iaitu pencapaian terbaik sejak 2013.

“Seramai 853 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang semua A, manakala bilangan calon yang mencapai sekurang-kurangnya kepujian turut meningkat.

“Selain itu, sebanyak 27 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus, termasuk sekolah di kawasan luar bandar. Ini membuktikan akses kepada pendidikan berkualiti mampu melahirkan kecemerlangan melangkaui kekangan geografi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggalakkan lepasan SPM supaya berani meneroka pelbagai laluan pendidikan dan kerjaya, termasuk bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), teknologi kecerdasan buatan (AI) serta industri semikonduktor yang kini menjadi sektor strategik negara.

Beliau berkata seiring perkembangan isu konflik tenaga global, lepasan SPM juga digalakkan meneroka peluang dalam sektor tenaga baharu dan tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar, hidro dan teknologi hijau.

Mustapha berkata bidang berkenaan bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, malah membuka ruang kepada anak Sabah dan Sarawak menjadi peneraju dalam ekonomi digital, industri berteknologi tinggi serta pembangunan lestari di peringkat global. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kenyataan media peratusan pencapaian SPM 2025 mengikut kaum tidak benar – KPM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.