Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Prestasi Matematik dan Sains pelajar Sarawak masih belum memuaskan
  • PENDIDIKAN

Prestasi Matematik dan Sains pelajar Sarawak masih belum memuaskan

Utusan Sarawak 1 hour ago
Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara kerajaan Sarawak, Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak dan ARC Technologies Sdn. Bhd., di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak

PETRA JAYA: Hasil penilaian melalui Ujian Penilaian Program Dwibahasa (UP-DLP) Sarawak mengesahkan bahawa prestasi pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan Sains masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Justeru, intervensi lebih terarah diperlukan, khususnya melalui penggunaan teknologi pendidikan seperti SCALE bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, dapatan UP-DLP kini membuktikan andaian selama ini mengenai kelemahan pelajar dalam subjek berkenaan adalah tepat.

Pertukaran Mou antara kerajaan Sarawak, Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak dan ARC Technologies Sdn. Bhd. disaksikan oleh Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

“Selama ini kita beranggapan bahawa kita lemah dalam matematik, tetapi ia tidak pernah dibuktikan. Kini melalui UP-DLP, kita dapati bahawa andaian itu memang berasas.

“Memandangkan sasaran kita adalah untuk mencapai 60 peratus pelajar dalam bidang sains menjelang 2030, sekarang adalah masa untuk kita bekerja dengan lebih keras.

“Kita akan perlukan bantuan bukan hanya daripada guru, tetapi juga sektor swasta dan syarikat berasaskan teknologi untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara kerajaan Sarawak, Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak dan ARC Technologies Sdn. Bhd., di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Ditanya mengenai peranan Cambridge dalam membantu penambahbaikan prestasi pelajar, beliau berkata kerajaan Sarawak sedang mengadakan rundingan lanjut.

Gimik Pelancaran SCALE disempurnakan oleh Dato Sri Roland Sagah Wee Inn.

“Ya, kita sentiasa berhubung dengan Cambridge kerana penilaian ini dibuat bersama mereka. 

“Selepas melihat keputusan ini, kita sedang berbincang bagaimana mereka boleh bantu meningkatkan prestasi Matematik dan Sains,” tambahnya.

Pada masa yang sama, beliau optimis pendekatan teknologi pembelajaran interaktif melalui SCALE (Sarawak Collaborative Learning Interactive Experience) mampu menarik minat pelajar, khususnya generasi kini yang lebih dekat dengan aplikasi digital.

“Pelajar hari ini sangat tertarik kepada aplikasi dan gajet. Dengan alat teknologi seperti SCALE yang interaktif, mereka boleh sentuh dan cari jawapan sendiri. Itu juga adalah kemahiran yang diperlukan untuk masa depan,” ujarnya.

SCALE (Sarawak Collaborative Learning Interactive Experience) ialah platform pembelajaran interaktif yang membantu guru merancang pengajaran, memantau prestasi pelajar, dan memberi pengalaman pembelajaran lebih peribadi. 

SCALE menumpu kepada STEM dan membolehkan pelajar bandar dan luar bandar mengakses bahan yang sama, sekaligus mengurangkan jurang pembelajaran.

Oleh Masrin Affirah

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM perkukuh pendidikan awal dengan fokus kepada komunikasi dan sosialisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.