Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Prestasi kewangan Sarawak terus kukuh
  • Tengah
  • WILAYAH

Prestasi kewangan Sarawak terus kukuh

Utusan Sarawak 10 hours ago
HADIR… Christopher Gira Sambang (tiga dari kanan) ketika menghadiri majlis Mangkung Tiang JKKK Sungai Sedamun Sepiring, Rumah Sigan Anak Lei baru-baru ini.

SELANGAU: Sarawak terus mencatat prestasi kewangan kukuh apabila pendapatan negeri meningkat dari tahun ke tahun, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang.

Beliau berkata Bajet Negeri 2025 berjumlah RM15.8 bilion yang dilaksanakan di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) membuktikan pengurusan kewangan negeri berada pada tahap mampan.

“Selain itu, Sarawak juga memiliki lebih 60 peratus rizab gas negara dan kita perlu terus memperjuangkan hak negeri dalam industri minyak dan gas agar hasilnya dapat dinikmati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis Mangkung Tiang JKKK Sungai Sedamun Sepiring, Rumah Sigan Anak Lei di sini, baru-baru ini.

Menyentuh isu persempadanan semula, Gira berkata penambahan 17 kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka memberi impak positif terhadap pembangunan infrastruktur dan ekonomi negeri.

“Mengenai cadangan kerusi baharu yang berkemungkinan diwujudkan di kawasan Tamin, perkara ini kita serahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan kepimpinan GPS. Parti Rakyat Sarawak (PRS) sentiasa bersedia menggalas amanah sekiranya diberi kepercayaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyambut baik pelaksanaan pendidikan tinggi percuma bermula 2026 dengan peruntukan hampir RM600 juta yang menurutnya langkah penting memastikan akses pendidikan lebih luas kepada anak-anak Sarawak.

Gira turut menekankan bahawa inisiatif Majlis Infrastruktur dan Pembangunan Luar Bandar (MiRRDA) akan membawa impak ekonomi besar kepada kawasan luar bandar, termasuk DUN Tamin.

Pada majlis sama, beliau mengumumkan peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi penyediaan kemudahan tempat letak kereta di Rumah Sigan Anak Lei, selain peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM20,000 kepada JKKK Sungai Sedamun Sepiring bagi tujuan pembangunan komuniti.

Turut hadir majlis itu ialah Senator Rita Sarimah Patrick Insol, Pegawai Daerah Selangau Yalin Asan, Pegawai Pendidikan Daerah Selangau Gawan @ Ringgit Saut, serta para Penghulu, Kaunselor dan Tuai Rumah dari kawasan sekitar.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Selangau bakal nikmati akses lebih baik melalui projek RTP 2025
Next: Kuching police nab drunk drivers in road safety operation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.