Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Xi Jinping kirim salam hormat kepada Agong
  • GLOBAL

Presiden Xi Jinping kirim salam hormat kepada Agong

Utusan Sarawak 3 days ago
YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bergambar kenangan bersama Presiden China, Xi Jinping pada sambutan negara sempena lawatan negara di Istana Negara. Foto Bernama (Gambar fail)

BEIJING: Presiden China Xi Jinping mengirim salam hormat kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Xi meminta Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan salam berkenaan semasa pertemuan mereka di Great Hall of the People di sini, hari ini. 

Mengimbau lawatan negaranya ke Malaysia pada April lepas, Xi berkata layanan mesra yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia sepanjang lawatan itu telah meninggalkan kenangan yang indah dan berkekalan kepadanya.

Beliau menyatakan semasa lawatan berkenaan, kedua-dua pihak turut mencapai persefahaman penting dalam membina Komuniti Berkongsi Nasib China-Malaysia yang berkongsi masa depan bersama.

“Sejak terjalinnya hubungan diplomatik lebih 50 tahun lepas, kedua-dua negara telah saling mendukung dalam menghadapi perubahan global dan melangkah seiringan dalam usaha pemodenan, sekali gus membuka tirai era baharu ‘50 tahun keemasan’ hubungan China-Malaysia,” kata Xi.

-Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Keselamatan mahasiswa Malaysia di Indonesia terkawal – PKPMI Pusat
Next: Dulu raja lautan, gergasi gunung ais kini berderai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.