Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Presiden Turkiye desak ketegangan antara Paksitan, India diredakan
  • TEMPATAN

Presiden Turkiye desak ketegangan antara Paksitan, India diredakan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PRESIDEN Turkiye Tayyip Erdogan

ISTANBUL: Presiden Turkiye pada Isnin menggesa agar ketegangan antara Pakistan dan India segera diredakan, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami mahu ketegangan yang semakin memuncak antara Pakistan dan India diredakan secepat mungkin sebelum ia berkembang menjadi situasi yang lebih serius.

“Turkiye sentiasa menegaskan bahawa kami tidak mahu konflik baharu tercetus di rantau ini mahupun di luar wilayah kami,” kata Recep Tayyip Erdogan selepas mesyuarat Kabinet di ibu negara, Ankara.

Sementara itu, Erdogan turut menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Iran yang terkorban dalam insiden letupan di sebuah pelabuhan berhampiran Bandar Abbas. — Bernama-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Lelaki rugi RM100,00 ditipu pelaburan patuh syariah
Next: Jalan masuk ke Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah ditutup 15 April – 13 November

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.