Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Syria puji tindakan Trump tarik balik sekatan ke atas Syria
  • GLOBAL

Presiden Syria puji tindakan Trump tarik balik sekatan ke atas Syria

Utusan Sarawak 20 hours ago
PRESIDEN Syria Ahmad al-Sharaa dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

ISTANBUL: Presiden Syria Ahmad al-Sharaa pada Rabu menyambut baik keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menarik balik sekatan yang telah lama dikenakan ke atas Syria, dan menyifatkannya sebagai detik perubahan penting bagi masa depan negara itu.

“Hari ini menandakan permulaan usaha serius dan pelancaran perjalanan Syria moden,” kata al-Sharaa dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Beliau menyifatkan langkah Trump itu sebagai “keputusan berani yang meletakkan asas kepada kestabilan serantau.”

Pemimpin Syria itu turut merakamkan penghargaan kepada sekutu serantau, khususnya Turkiye.

“Presiden Recep Tayyip Erdogan sentiasa bersama rakyat Syria, dan negaranya telah banyak berkorban sepanjang 14 tahun lalu,” katanya.

Al-Sharaa turut mengundang komuniti perniagaan antarabangsa untuk melabur di Syria.

“Kami mengalu-alukan semua pelabur dan menjemput mereka merebut peluang yang tersedia,” katanya.

Beliau juga menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk memecahbelahkan negara itu.

“Kami tidak akan benarkan Syria dipecahkan, dan kami juga tidak akan memberi ruang kepada naratif rejim terdahulu yang cuba memecahbelahkan rakyat kami,” tegasnya. — Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Pemimpin GCC gesa konflik Gaza dihentikan
Next: Trump harap Qatar boleh jadi pengantara nuklear dengan Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.