Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Presiden Maldives melawat Menara Berkembar Petronas
  • NASIONAL

Presiden Maldives melawat Menara Berkembar Petronas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PRESIDEN Maldives Dr Mohamed Muizzu mendengar penerangan mengenai Menara Berkembar Petronas daripada Pengurus Perkhidmatan Pengurusan Lawatan Safful Bahari Din semasa melawat mercu tanda ikonik itu hari ini. Turut sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management Datuk Ir Bacho Pilong. Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu yang sedang dalam lawatan rasmi empat hari ke Malaysia, hari ini melawat bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas di sini.

Muizzu dan delegasinya tiba pada 9.30 pagi dan disambut oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad serta Naib Presiden Kanan Malaysia Petroleum Management Petronas Datuk Bacho Pilong.

Beliau meluangkan masa lebih satu jam melawat Skybridge KLCC iaitu jambatan udara yang menghubungkan Menara 1 dan 2, serta dek pemerhatian yang menjadi tarikan pelancong di menara berkembar itu.

Presiden Maldives turut diberikan taklimat mengenai sejarah seni bina menara berkembar tertinggi di dunia itu oleh Pengurus Perkhidmatan Pengurusan Lawatan Menara Berkembar Petronas Safful Bahari Din.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Muizzu menyaksikan pertukaran tiga Memorandum Persefahaman (MoU) dan dua Pertukaran Nota (EoN) bertujuan memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama.

Muizzu tiba di Malaysia pada Ahad atas jemputan Perdana Menteri, yang merupakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak beliau memegang jawatan Presiden Maldives pada November 2023.

Pada 2024, jumlah dagangan Malaysia dan Maldives mencatatkan peningkatan 4.3 peratus dengan jumlah RM862.7 juta (US$180.9 juta) berbanding RM827.3 juta (US$180.9 juta) pada 2023, menjadikan negara kepulauan itu sebagai rakan dagangan keenam terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Selatan. — Bernama

Continue Reading

Previous: Kepimpinan mahasiswa perlu integriti, bijak buat keputusan – Zambry
Next: Malaysia, Jepun bincang kerjasama ekonomi termasuk dalam AI, automotif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.