Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Presiden Madagascar lantik Jeneral sebagai perdana menteri baharu
  • GLOBAL

Presiden Madagascar lantik Jeneral sebagai perdana menteri baharu

Utusan Sarawak 3 weeks ago
JENERAL tentera Ruphin Fortunat Zafisambo dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden Madagascar Andry Rajoelina di Istana Presiden Lavoloha.

LUSAKA (Zambia): Presiden Madagascar Andry Rajoelina pada Isnin melantik tentera Jeneral Ruphin Fortunat Zafisambo sebagai perdana menteri baharu, seminggu selepas beliau membubarkan kerajaan ekoran protes terhadap gangguan bekalan elektrik dan air, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Zafisambo menggantikan Christian Ntsay yang dipecat termasuk seluruh anggota Kabinet dalam tindakan awal Rajoelina bagi menangani gelombang protes diilhamkan “Gen-Z” dan digerakkan melalui media sosial.

“Saya telah memutuskan untuk melantik Ruphin Fortunat Zafisambo sebagai perdana menteri baharu.

“Beliau mesti mampu memulihkan ketenteraman serta mengembalikan keyakinan rakyat,” kata Rajoelina ketika berucap dari Istana Presiden di ibu negara Antananarivo, sambil menegaskan bahawa pemimpin baharu itu perlu berkhidmat dengan penuh integriti.

Zafisambo sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pengarah Kabinet Tentera di Pejabat Perdana Menteri sejak 2021. Pelantikan beliau dibuat ketika demonstrasi anti-kerajaan memasuki minggu ketiga, disertai desakan berterusan agar Rajoelina meletak jawatan.

Bagaimanapun, presiden menegaskan tumpuan utamanya kekal terhadap usaha memajukan keutamaan nasional negara, termasuk menambah baik bekalan air dan elektrik kepada rakyat.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: Angka kematian runtuhan bangunan sekolah agama di Indonesia meningkat kepada 61
Next: Harga minyak naik hari kedua selepas OPEC+ umum peningkatan pengeluaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.