Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu sertai Kem Kepimpinan Asia Pasifik
  • Tengah
  • WILAYAH

Presiden JCI Sarikei, Wong Siew Wu sertai Kem Kepimpinan Asia Pasifik

Utusan Sarawak 5 hours ago
PRESIDEN JCI Sarikei, Wong Siew Wu (kanan) bergambar bersama Ketua Jurulatih JCI Macao China, Senator JCI Roberto Antonio Noronha. Foto Wong Siew Wu

SARIKEI: Penyertaan Presiden Junior Chamber International (JCI) Sarikei, Wong Siew Wu dalam Kem Kepimpinan Asia Pasifik JCI (JCI Asia Pacific Academy) di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur membuka peluang memperluas jaringan kerjasama global serta memperkasa pembangunan kepimpinan belia di peringkat tempatan.

Katanya, program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menghimpunkan pemimpin belia dari pelbagai negara dan wilayah rantau Asia Pasifik bagi memperkukuh keupayaan kepimpinan serta meningkatkan kemahiran pengurusan organisasi.

PRESIDEN JCI Sarikei, Wong Siew Wu bergambar bersama para peserta yang menyertai Kem Kepimpinan Asia Pasifik JCI. Foto Wong Siew Wu

“Antara negara dan wilayah yang terlibat dalam program tersebut termasuk JCI Korea, JCI Philippines, JCI Bangladesh, JCI Indonesia, JCI Vietnam, JCI India, JCI Hong Kong China, JCI Singapore, JCI Thailand, JCI Cambodia, JCI Taiwan dan JCI Macao China.

“Selain itu, penyertaan dari Malaysia turut melibatkan beberapa cawangan JCI antaranya JCI Teluk Intan, JCI Kinta, JCI Iskandar, JCI Perai, JCI Kuala Lumpur, JCI Johor Bahru, JCI Kota Kinabalu, JCI Lahad Datu, JCI Malacca City Entrepreneur, JCI Nibong Tebal, JCI Batu Kawa, JCI Kuching, JCI Lutong dan JCI Entrepreneur.

PRESIDEN JCI Sarikei, Wong Siew Wu bergambar bersama para peserta yang menyertai Kem Kepimpinan Asia Pasifik JCI. Foto Wong Siew Wu

“Di program ini, saya bersama para peserta turut mengikuti pelbagai sesi latihan, perkongsian serta aktiviti berkumpulan yang memfokuskan kepada pembangunan kepimpinan, pengurusan organisasi dan impak sosial di samping memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

Tambahnya, penyertaan tersebut memberi peluang berharga beliau untuk menimba pengalaman dan memperluas perspektif kepimpinan di peringkat serantau.

“Penyertaan ini bukan sahaja membuka ruang kepada pendedahan antarabangsa, malah memberi inspirasi baharu dalam usaha memimpin organisasi ke arah yang lebih progresif.

“Segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh akan dimanfaatkan di peringkat tempatan selaras dengan tema ‘Grow to Glow’, bagi memperkasa pembangunan ahli serta melahirkan lebih ramai pemimpin belia berimpak,” katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya penglibatan aktif dalam platform antarabangsa seperti ini amat penting dalam melahirkan pemimpin belia yang berdaya saing dan mampu menyumbang kepada pembangunan komuniti secara berterusan.

“JCI Sarikei akan terus menggalakkan penyertaan ahli ke platform antarabangsa sebagai usaha memperkukuh jaringan global dan meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program kemasyarakatan di peringkat tempatan,” katanya lagi.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: TYT Sarawak ziarah rumah terbuka Aidilfitri Dato Sri Wahab di Sibu
Next: RTP tingkat prasarana pendidikan, komuniti di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.