Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Premis makanan kotor, MPS beri tempoh 7 hari sebelum tindakan tegas diambil
  • Tengah
  • WILAYAH

Premis makanan kotor, MPS beri tempoh 7 hari sebelum tindakan tegas diambil

Utusan Sarawak 2 days ago
PEMERIKSAAN…..Yiing Sy Huat sedang memeriksa keadaan pinggan dan mangkuk dalam keadaan lusuh di salah sebuah premis makanan di sekitar kawasan komersil Permai, di sini hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) memberi tempoh tujuh hari kepada para peniaga yang menerima notis amaran untuk membersihkan premis makanan yang didapati kotor dan tidak memuaskan, sebelum pemeriksaan susulan dijalankan.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan Awam, Persekitaran dan Perkhidmatan Perbandaran MPS, Kaunselor Yiing Sy Huat berkata, tindakan tegas akan diambil sekiranya tiada sebarang penambahbaikan dilakukan.

YIING….Ketika ditemui pemberita selepas mengetuai pemeriksaan kebersihan permis makanan di sekitar kawasan komersil Permai, di sini hari ini.

“Jika keadaan premis masih tidak memuaskan selepas tempoh yang diberikan, majlis berhak mengeluarkan kompaun. Bagi kes berulang, Kementerian Kesihatan (KKM) boleh mengarahkan penutupan premis terbabit,” katanya.

Terdahulu, Yiing mengetuai operasi pemeriksaan kebersihan ke atas beberapa premis makanan di kawasan komersial Permai, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pemeriksaan itu bertujuan memastikan peniaga sentiasa mengekalkan tahap kebersihan demi kesejahteraan pelanggan.

TIDAK DISELENGGARA….Penapis sisa makanan dan perangkap minyak yang tidak diselenggara dengan baik di salah sebuah premis makanan.

“Kita bukan hendak menyusahkan peniaga, tetapi ingin memastikan kebersihan sentiasa terjaga supaya pelanggan dapat menikmati makanan dalam persekitaran yang bersih dan selesa,” ujarnya.

Dalam pemeriksaan tersebut, antara kesalahan yang dikesan termasuk tahap kebersihan premis yang rendah, kipas dan lampu yang dipenuhi habuk, peralatan penyediaan makanan yang lusuh, serta penapis sisa makanan dan perangkap minyak yang tidak diselenggara.

Selain itu, pihak MPS turut merampas penyedut minuman plastik, yang penggunaannya telah dilarang.

Beliau turut menggesa semua peniaga agar memberikan kerjasama penuh kepada pihak majlis dalam usaha mewujudkan persekitaran perniagaan yang bersih dan selamat.

“Kita mahukan Sibu menjadi sebuah bandar yang bukan sahaja bersih, tetapi juga selamat dan kondusif untuk semua,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ‘Pulanglah, anak-anak rindu’, suami rayu isteri yang hilang sejak 30 Ogos
Next: Warga emas cedera jatuh di rumah, APM Limbang bertindak pantas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.