Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Premis jual alat ganti kenderaan musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Premis jual alat ganti kenderaan musnah terbakar

Utusan Sarawak 3 weeks ago

MARAK… Kelihatan api marak membakar sebuah premis menjual alat ganti kenderaan di Jalan Jee Foh, Miri pagi tadi. Foto JPBM Sarawak.

MIRI: Sebuah premis menjual alat ganti kenderaan di Jalan Jee Foh di sini, musnah terbakar pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 2.10 pagi.

Sehingga 8.35 pagi ini, pihak bomba masih menjalankan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan bara musnah sepenuhnya.

Operasi pemadaman melibatkan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dan dibantu BBP Lopeng.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Oleh Liong Chai Ling

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Pemandu selamat, Toyota Vios musnah dalam kebakaran
Next: Dua blok kuarters guru Sk Perpat musnah dalam kebakaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.