
PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, seperti kelazimannya pada setiap pagi Jumaat menziarahi pusara Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang di tanah perkuburan Samariang di sini.
Turut mengiringi anakanda, Dayang Norjihan, yang bersama ayahanda beliau membaca Surah Yasin dan mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

