Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak zahir ucapan takziah atas pemergian bekas Imam Besar Sarawak
  • SEMASA

Premier Sarawak zahir ucapan takziah atas pemergian bekas Imam Besar Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
PREMIER Sarawak zahir ucapan takziah atas pemergian bekas Imam Besar Sarawak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato Ustaz Nahrawi Abdul Rahman, bekas Imam Besar Sarawak yang telah kembali ke rahmatullah.

Dalam kenyataan media, Abang Johari turut mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham dikenali sebagai tokoh agama yang banyak memberi sumbangan besar dalam memperkukuh institusi keimaman di Sarawak, selain memainkan peranan penting dalam pembangunan ummah melalui pendekatan dakwah yang berhemah serta kepimpinan yang berwibawa.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham pernah menyandang jawatan Imam Besar Negeri Sarawak dari tahun 2000 hingga 2009, satu tempoh yang menyaksikan pelbagai usaha pengukuhan institusi keagamaan dan pembangunan sahsiah masyarakat dilaksanakan.

Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir malam tadi di sebuah hospital di Kuching pada usia 89 tahun.

Continue Reading

Previous: SUPP zahir ucapan takziah atas pemergian Datin Patinggi Puan Sri Jane Yong Sau Kan
Next: KPDN Sarawak patahkan dua cubaan seleweng diesel di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.