Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Premier Sarawak ucap tahniah kepada Utusan Sarawak terbit buku ikonik tampilkan kejayaan syarikat tempatan
  • BISNES

Premier Sarawak ucap tahniah kepada Utusan Sarawak terbit buku ikonik tampilkan kejayaan syarikat tempatan

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari
Gambar kanan – Senator Dato Ahmad Ibrahim (tengah) dan tetamu kehormat yang lain menunjukkan buku Sarawak Iconic Businesses selepas pelancarannya malam tadi.

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyifatkan penerbitan buku Sarawak’s Iconic Businesses sebagai tepat pada masanya dan signifikan dalam mengetengahkan kejayaan syarikat-syarikat tempatan.

Menurut beliau, buku itu memberi gambaran menyeluruh mengenai pertumbuhan serta kejayaan perusahaan tempatan di Sarawak, sekali gus menjadi sumber inspirasi dan rujukan berguna kepada generasi akan datang.

“Sarawak merupakan sebuah negeri penuh peluang, sentiasa terbuka kepada pelabur untuk beroperasi sama ada secara sendiri atau melalui kerjasama dengan entiti tempatan. 

“Dasar pelaburan negeri ini juga sangat mesra dan mencerminkan komitmen kita dalam menggalakkan pertumbuhan sektor baharu, terutamanya tenaga boleh diperbaharui dan amalan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusannya yang dimuatkan dalam buku tersebut.

Abang Johari berkata, kerajaan Sarawak sedang melaksanakan pelaburan besar dalam bidang pendidikan, teknologi hijau, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur moden serta pelancongan, sebagai sebahagian daripada pelan transformasi Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Saya percaya syarikat tempatan, terutamanya syarikat milik anak jati Sarawak, akan terus memimpin dalam bidang teknologi serta kemajuan AI, sekali gus mengukuhkan daya tarikan Sarawak sebagai lokasi utama untuk pelaburan teknologi oleh pelabur tempatan dan antarabangsa,” jelasnya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Utusan Sarawak kerana kejayaan menerbitkan buku itu, kali pertama seumpamanya diterbitkan dalam bahasa Inggeris yang memaparkan perjalanan syarikat-syarikat yang berpangkalan di Sarawak.

Buku berkenaan turut memaparkan cerita kejayaan syarikat tempatan dari permulaan sederhana sehingga mencapai kejayaan, selain menonjolkan daya tahan serta daya saing usahawan Sarawak di persada perniagaan.

Buku ini mengisahkan cerita mendalam dan komprehensif mengenai kejayaan perusahaan tempatan, sekali gus memberi inspirasi dan sumber yang amat berharga untuk generasi akan datang.

Ada yang bermula sebagai entiti kecil atau syarikat berasaskan keluarga atau mengusahakan secara sendirian, yang kemudian muncul sebagai entiti besar di pasaran termasuk di rantau Asean.

Continue Reading

Previous: Utusan Sarawak iktiraf syarikat lama dan berjenama 
Next: Sarawak Iconic Businesses: Celebrating homegrown legacy, empowering future generation

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.