Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak tinjau kemajuan projek Empangan Hidroelektrik Baleh
  • SEMASA

Premier Sarawak tinjau kemajuan projek Empangan Hidroelektrik Baleh

Utusan Sarawak 14 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mengadakan lawatan kerja ke tapak Empangan Hidroelektrik Baleh, hari ini. -Foto UKAS

BALEH: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mengadakan lawatan kerja ke tapak Empangan Hidroelektrik Baleh hari ini bagi meninjau kemajuan pelaksanaan salah satu projek tenaga boleh diperbaharui utama negeri ini.

Premier Sarawak tiba di tapak projek sekitar 11.00 pagi diiringi oleh Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi serta Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohammad Abu Bakar Marzuki.

Ketibaan rombongan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datuk Sharbini Suhaili, Naib Presiden Eksekutif (Penyampaian Projek) Sarawak Energy, Ir. Pramod Kumar Karunakaran, wakil-wakil agensi kerajaan dan Sarawak Energy Berhad.

Rombongan kemudiannya dibawa meninjau tapak pembinaan empangan untuk mendapatkan gambaran jelas tentang status kemajuan projek yang dijangka memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan tenaga jangka panjang negeri serta menyokong agenda ekonomi hijau Sarawak.

Projek Empangan Hidroelektrik Baleh merupakan komponen utama dalam pelan strategik Sarawak Energy untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh diperbaharui, selaras dengan matlamat Sarawak menjadi pengeluar tenaga lestari utama di Asia Tenggara.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan Petros) yang juga Pengerusi Sarawak Energy, Dato Ibrahim Baki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan dan Residen Bahagian Kapit, Elvis Didit. -UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Selat Hormuz satu kebimbangan namun industri minyak kekal stabil – PM Anwar
Next: Kerja menakung air di Empangan Baleh bermula 2027, siap 2029

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.