Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak tiba di Tokyo untuk lawatan kerja lima hari
  • SEMASA

Premier Sarawak tiba di Tokyo untuk lawatan kerja lima hari

Utusan Sarawak 5 months ago

Abang Johari disambut ketika tiba di hotel penginapan di Tokyo. Foto UKAS

TOKYO: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di sini hari ini dalam rangka lawatan kerja rasmi selama lima hari.

Beliau bersama rombongan kerajaan Sarawak yang menaiki pesawat khas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo pada jam 6.15 petang waktu tempatan.

Pada hari pertama, Premier Sarawak dijangka mengadakan lawatan kerja ke ENEOS Central Technical Research Laboratory.

Sebagai sebuah syarikat yang membekalkan 20 peratus tenaga utama Jepun, ENEOS berhasrat menjadikan tenaga generasi seterusnya seperti hidrogen, bahan api sintetik, dan biofuel sebagai ‘norma masa depan’ bagi mencapai masyarakat neutral karbon.

Beliau kemudiannya dijangka menghadiri beberapa mesyuarat bersama ENEOS Corporation and JX Nippon Oil & Gas Exploration Corporation, Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Sumitomo Corporation, Japan Organization for Metals and Energy Security (JOGMEC) dan Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri (METI), Jepun.

Lawatan kerja rasmi Premier Sarawak diteruskan pada hari kedua dengan mesyuarat bersama pihak Boeing Japan berhubung Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) serta pembangunan dan penyelidikan berkaitan.

Seterusnya beliau bersama rombongan kerajaan Sarawak melakukan mesyuarat bersama HighChem Co. Ltd, Integrated Design & Engineering Holdings Co.Ltd. (ID&E); Mitsubishi Corporation, Mitsui OSK Line sebelum menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pelabuhan Bintulu dan Pertama Ferroalloy/ Asia Minerals.

Memasuki hari ketiga lawatan kerja rasmi, Premier Sarawak bersama rombongan akan ke stesen Tokyo Gas Yokohama Techno yang merupakan sebuah fasiliti model untuk pengeluaran dan penggunaan tempatan hidrogen dan e-metana, serta model peredaran CO2, dan menyebarkan ke seluruh Jepun.

Pada hari keempat, Premier Sarawak serta rombongan akan melakukan lawatan kerja ke loji Mitsubishi Power Takasago.

Taman hidrogen tersebut merupakan sebuah fasiliti canggih yang didedikasikan untuk mengesahkan teknologi hidrogen bagi membantu proses nyahkarbonisasi global dan ia merupakan fasiliti pertama di dunia yang merangkumi keseluruhan rantaian hidrogen: pengeluaran, penyimpanan, dan penggunaan.

Taman hidrogen ini juga menempatkan sistem termaju, termasuk elektrolizer berskala besar dan teknologi generasi seterusnya seperti elektrolisis oksida pepejal dan pengeluaran hidrogen turquoise, yang menghasilkan hidrogen tanpa pelepasan CO₂.

Inovasi-inovasi ini diuji dengan turbin yang dijana oleh hidrogen, memajukan daya saing komersial hidrogen sebagai sumber tenaga yang lestari.

Premier Sarawak dijangka mengakhiri lawatan kerja rasmi pada 20 Disember ini sebelum berangkat pulang. -EDISI UKAS

Continue Reading

Previous: RMK-10: Putrajaya kenal pasti 11 projek sakit di Sarawak
Next: Penemuan bersejarah: Ikan Paus Sei terdampar 3 minggu lalu, spesies pertama di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.