Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak tiba di Jakarta, sampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia 2026
  • SEMASA

Premier Sarawak tiba di Jakarta, sampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selamat tiba di Jakarta hari ini bagi menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Februari ini. Foto UKAS

JAKARTA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengukuhkan penglibatan Sarawak di pentas antarabangsa apabila disenaraikan antara pemimpin dunia yang bakal menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Februari ini.

Beliau selamat tiba di Jakarta hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak berprestij itu, yang menghimpunkan pemimpin global, penggubal dasar, tokoh ekonomi serta peneraju industri bagi membincangkan hala tuju pertumbuhan ekonomi serantau dan global.

Ketibaan rombongan Premier Sarawak turut diiringi Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta pegawai kerajaan negeri lain.

Pada sidang kemuncak tersebut, Premier Sarawak dijangka berkongsi pengalaman serta kemajuan pembangunan dan transformasi ekonomi Sarawak, termasuk pendekatan pembangunan mampan yang semakin mendapat perhatian di peringkat ASEAN dan antarabangsa.

IES 2026 yang bertemakan ‘Bersatu untuk Memacu Pertumbuhan Mampan dan Kemakmuran Bersama’ menjadi platform penting bagi membincangkan isu-isu strategik global merangkumi pertumbuhan inklusif, model ekonomi nasional, mobiliti tenaga kerja, dasar perdagangan, pelaburan industri, daya saing perniagaan, transformasi digital, kedudukan ekonomi ASEAN serta strategi menangani cabaran dan risiko global.

Sidang kemuncak anjuran Indonesia Business Council (IBC) itu menghimpunkan pemimpin dunia, tokoh ekonomi, korporat dan usahawan, sekali gus menyediakan ruang wacana melalui sesi meja bulat, pertemuan dua hala serta dialog dasar yang mendalam bersama pihak kerajaan.

Tahun ini, IES 2026 turut menampilkan segmen baharu, ‘IES in Action’, yang mempamerkan projek dan penyelidikan berterusan IBC, di samping mengetengahkan inisiatif utama yang memberi impak langsung kepada agenda pembangunan ekonomi serantau dan global.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tapak Pesta Kaul Oya ditutup sementara, siasatan terperinci gas metana akan dijalankan
Next: Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.