Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia

Utusan Sarawak 3 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Kehadiran beliau ke kompleks tersebut untuk bertemu secara peribadi bersama Premier Sarawak sebelum menamatkan perkhidmatan diplomatiknya pada 15 Februari ini.

Ditemui pemberita selepas kunjungan tersebut, Sarawak jelas Edgard mempunyai tempat yang istimewa sejak lawatan pertamanya pada 2014 di mana beliau sentiasa mendapat sambutan baik daripada kerajaan Sarawak.

“Oleh itu, saya ingin datang sendiri untuk mengucapkan terima kasih kepada Premier Sarawak bukan sahaja atas kebaikan dan kerjasama beliau terhadap saya secara peribadi, tetapi juga terhadap Amerika Syarikat.

“Saya juga menyatakan betapa saya menghargai kisah pembangunan Sarawak dan sejauh mana Sarawak telah berubah dalam tempoh 11 setengah tahun sejak pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini,” ujarnya.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Edgard Kagan di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto UKAS

Justeru, Edgard terus menggesa agar kerajaan Sarawak terus menjadi peneraju serantau dalam tenaga boleh diperbaharui dan ekonomi hidrogen di mana kerjasama dengan sokongan teknologi serta kepakaran syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS) boleh menjadi pemangkin ke arah tersebut.

Ujarnya, syarikat AS mempunyai kemahiran dan teknologi yang berpotensi menyumbang kepada visi Sarawak, namun keputusan pelaburan bergantung sepenuhnya kepada syarikat masing-masing tanpa campur tangan kerajaan.

“Namun akhirnya, kunci utama adalah untuk Sarawak terus melakukan apa yang telah dilakukan dengan begitu baik, iaitu mewujudkan persekitaran yang menarik pelaburan.

“Ini menunjukkan bahawa Sarawak adalah tempat yang sesuai untuk syarikat bertapak dalam jangka panjang, terus berani dan berwawasan dalam apa yang ingin dicapai menggunakan dasar-dasar sendiri,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan semakin banyak syarikat AS menunjukkan minat untuk melabur dan bekerjasama di Sarawak di mana akan ada pengumuman pelaburan besar pada masa akan datang.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Wilayah Sarawak Kementerian Luar Negeri Malaysia, Dato Fenny Nuli, Jurucakap Kedutaan James Dewey serta tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Republik Islam Pakistan ke Malaysia
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.