Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Sarawak
  • TEMPATAN

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Pengarah Kastam Sarawak

Utusan Sarawak 2 years ago

UNTUK KENANGAN… Dr. Ahmad Taufik Sulaiman bersama rombongan JKDM Sarawak melakukan kunjungan hormat ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Kastam Negeri Sarawak Dr. Ahmad Taufik Sulaiman di pejabat beliau di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Pada kunjungan itu, Dr Ahmad Taufik memaklumkan kepada Abang Johari bahawa beliau mengambil alih tugas bagi menggantikan pengarah terdahulu, Herman Shah Abdullah yang bersara wajib pada tahun lepas.

 Dr. Ahmad Taufik ketika ditemui media memberitahu, kunjungan hormat berkenaan juga berhubung persiapan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk  kawalan sempadan bagi menghadapi kesan pemindahan ibu kota negara Indonesia ke Nusantara. 

“Kedatangan saya di sini adalah untuk melapor diri selaku Pengarah Kastam Negeri Sarawak, berjumpa dan berbincang dengan Premier Sarawak mengenai situasi kawalan sempadan, pembangunan di Nusantara dan juga persediaan negeri Sarawak dalam menghadapinya,” kata Dr Ahmad Taufik.

“Selain itu, ketika kunjungan hormat kami, Premier Sarawak turut menyentuh tentang teknologi baharu penyimpanan karbon serta penglibatan JKDM Sarawak dari segi penyimpanannya,” katanya.

Dr Ahmad Taufik telah dilantik sebagai Pengarah pada 7 Oktober 2022 bagi menggantikan Pengarah Kastam yang terdahulu, Herman Shah Abdullah yang telah bersara.

Berasal dari Pahang, beliau sebelum ini pernah bertugas di Sabah pada 2018 sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Kastam Negeri.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Sarawak tuan rumah Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan
Next: Sarawak negeri pertama perkenalkan DSITKS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.