
PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Panglima Armada Timur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi Idris di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.
Kunjungan hormat tersebut merupakan pertemuan pertama Dato’ Khir Junaidi dengan Premier Sarawak.

Turut hadir ialah Laksamana Pertama Hazine Mohd Taib, Kepten Rusdi Hisyam TLDM, Kapten Norfazeli Jaafar TLDM, Leftenan Komander Muhhammad Thomas Angom Abdullah TLDM, dan Leftenan Komander Izuan Mat Hussin TLDM.
-UKAS