Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat LONGi, perkukuh hubungan strategik
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat LONGi, perkukuh hubungan strategik

Utusan Sarawak 13 hours ago
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada LONGi Malaysia Sdn Bhd di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada LONGi Malaysia Sdn Bhd di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Kunjungan itu diketuai oleh Pengasas dan Presiden Kumpulan LONGi, Li Zhenguo bagi memperkukuh hubungan strategik bersama kerajaan Sarawak serta membincangkan hala tuju masa depan operasi syarikat tenaga boleh diperbaharui tersebut di Malaysia.

Li ketika ditemui media berkata, pertemuan itu turut memberi ruang untuk menyelaraskan hasrat LONGi yang merupakan pemain utama industri tenaga bersih global menjadikan Malaysia bukan sahaja sebagai hab pengeluaran, malah sebagai hab inovasi global.

“Salah satu hasrat penting kami adalah untuk menjadikan perniagaan LONGi di Malaysia bukan sekadar hab pengeluaran, malah sebagai hab inovasi.

“Sebagai pengasas dan Ketua Pegawai Teknologi LONGi, saya amat komited dengan aspirasi ini dan hadir ke Kuching bagi menyelaraskan hasrat tersebut bersama Premier Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Li juga menzahirkan rasa bangga terhadap pertumbuhan kukuh LONGi sejak mula bertapak di Sarawak sedekad lalu.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan LONGi di Kuching banyak dipacu oleh tadbir urus stabil kerajaan negeri serta sokongan tenaga kerja tempatan yang berbakat.

Tambah beliau, meskipun LONGi berdepan cabaran akibat perubahan geopolitik dan dasar Amerika Syarikat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat tetap berpegang teguh kepada komitmen untuk melakar masa depan bersama Malaysia.

Selain itu, LONGi sedang melaksanakan penstrukturan semula operasi di Malaysia agar lebih berdaya tahan, patuh piawaian antarabangsa dan kekal kompetitif di pasaran global termasuk Amerika Syarikat.

Turut hadir Timbalan Presiden Kumpulan LONGi Zhang Haimeng, Ketua Pegawai Eksekutif LONGi Malaysia Sdn Bhd Ngieng Sii Jing, Ketua Pegawai Operasi LONGi Malaysia Sdn Bhd Ng Yong Khoi, Presiden Asia Pasifik (APAC) Longi Zhao Bin dan Pengarah Strategi LONGi Malaysia Sdn Bhd, Wu Yaqi.

-UKAS

 

Continue Reading

Previous: Kunjungan hormat Pro-Canselor UNIRAZAK kepada Tun Wan Junaidi
Next: MBPG hargai sumbangan rakyat Sarawak, pembangunan Pasir Gudang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.