Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat delegasi SKMM
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat delegasi SKMM

Utusan Sarawak 10 hours ago
PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini. Foto Facebook Sarawakku

PETRA JAYA: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah menerima kunjungan hormat delegasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Kunjungan hormat tersebut diketuai Pengerusi SKMM Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan disertai Ahli Suruhanjaya Jeneral (B) Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Dalam kunjungan tersebut, Pengerusi SKMM berkongsi kepada Premier Sarawak perkembangan terkini inisiatif di bawah seliaan SKMM selain mengukuhkan kerjasama strategik antara Suruhanjaya dan kerajaan Sarawak.

SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa antara perkara yang dibincangkan bersama Abang Johari ialah pelaksanaan inisiatif Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 2, di mana Suruhanjaya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan kerajaan Sarawak mengenai lokasi yang dicadangkan untuk inisiatif tersebut.

“Selain itu, Suruhanjaya juga ingin menawarkan penyelesaian 5G Enterprise kepada Pelabuhan Bintulu untuk memastikan capaian telekomunikasi yang baik di sana.

“Antara lain yang dibincangkan ialah mengenai Kabel Dasar Laut baharu yang menghubungkan capaian telekomunikasi antara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“Pada masa ini hanya satu kabel yang aktif iaitu Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKRM) dan kerajaan Sarawak akan mencadangkan kepada SKMM untuk kabel baharu,” menurut kenyataan tersebut.

Turut hadir Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Pesuruhanjaya Tinggi British ke Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.