Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf, perkukuh kerjasama ummah
  • SEMASA

Premier Sarawak terima kunjungan hormat anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf, perkukuh kerjasama ummah

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada anggota Lembaga Baitulmal dan Wakaf di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Kunjungan itu diadakan bagi memberikan taklimat kepada Abang Johari berkenaan operasi dan pengurusan semasa institusi baitulmal dan wakaf di negeri ini.

Dalam pertemuan tersebut, Abang Johari turut mencadangkan agar Lembaga Baitulmal dan Wakaf fokus kepada bidang pendidikan, selaras dengan aspirasi kerajaan Sarawak menyediakan pendidikan tinggi percuma kepada anak Sarawak bermula 2026.

Hadir sama Datu Abang Helmi Tan Sri Abang Ikhwan, Setiausaha Kewangan Sarawak Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Mufti Sarawak Datu Kipli Yassin, Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg dan Datu Abdul Razak Tready.

Turut serta, Datu Soedirman Aini, Datin Dayang Ernie Awang Hashim, Abang Rahmat Yusof dan Sahibul Fadhillah Ustaz Mual Su’aud.

Sementara itu, pihak pengurusan Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) turut diwakili Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie, Bolhassan Iskandar Taibi, Abang Faisal Abang Marzuki dan Iskandar Allan. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Agenda digital Sarawak terus diperkasa, S Pay Global bukti kejayaan
Next: Citadel Group Technologies lancar UmHajGo untuk perjalanan umrah, haji

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.