Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Premier Sarawak terima dua kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi
  • SEMASA

Premier Sarawak terima dua kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi

Utusan Sarawak 5 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat delegasi Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke Brooke yang diketuai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima dua kunjungan hormat berasingan di pejabatnya di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Kunjungan pertama melibatkan delegasi Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke Brooke yang diketuai oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Delegasi tersebut hadir bagi menyampaikan jemputan rasmi kepada Premier Sarawak untuk menghadiri seterusnya merasmikan Majlis Perasmian Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke yang dijadualkan berlangsung pada hari yang sama.

Selain itu, pertemuan tersebut turut menjadi platform untuk berkongsi maklumat berkaitan pengisian majlis perasmian serta perkembangan terkini Jabatan Muzium Sarawak.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut ialah Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Puan Nancy Jolhi serta Pemangku Timbalan Pengarah, Yasmin Khalid Nicholls.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto Pejabat Premier Sarawak

Kunjungan hormat kedua melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr Zulkifli Hasan yang mengadakan lawatan kerja pertamanya selepas dilantik pada 16 Disember 2025.

Tujuan utama kunjungan adalah untuk memperkukuhkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak dalam pengurusan hal ehwal Islam, termasuk kerjasama dalam bidang Tabung Haji, dakwah dan pendidikan.

Selain itu, perbincangan turut menyentuh persiapan Sarawak sebagai tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan tahun hadapan yang memerlukan penyelarasan serta persetujuan daripada Premier Sarawak.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat delegasi DBP
Next: Kempen Internet Selamat perkasa pelajar IPT depani ancaman siber, penipuan digital

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.